PERSIAPAN
Pemasangan baner dan penyediaan tempat telah dilakukan pada hari Sabtu 14 JULAI 2012.
kerusi meja disusun untuk 150 orang peserta |
Mr. See dan Cikgu Awang menyediakan 'banner'.... |
Encik Loh Sai Heng 'merasmikan' Kem PERHALUS ... beliau tidak dapat bersama pada 16 JULAI kerana terlibat dengan tugas rasmi di luar daerah. |
HARI PERTAMA
|
-
16 JULAI 2012
|
||
sesi pendaftaran para peserta Kem PERHALUS.... |
para peserta dibekalkan sebuah fail |
Pada
hari pertama tepat pada pukul 8.00 pagi pendaftaran peserta Kem Perhalus
diadakan di Dewan Blok Baru SMKTP.
Para peserta diminta menandatangani borang kehadiran yang telah
disediakan. Murid yang tidak hadir
digantikan dengan murid lain yang juga berada dalam kategori potensi
lulus. Para peserta diagihkan
kepada 14 kumpulan yang telah ditetapkan.
Selesai sahaja pendaftaran, satu taklimat ringkas
telah disampaikan oleh Ketua Panitia berkaitan dengan perjalanan kem selama dua hari
ini.
Ini diikuti oleh ucapan daripada ENCIK CHAN SENG FOOK (GPK
Pentadbiran) sebagai mewakili Pengetua SMKTP yang bertugas di luar daerah untuk
memberi ucapan seterusnya merasmikan Kem PERHALUS SMKTP 2012.
Slot
pertama pada hari pertama dimulakan dengan ceramah motivasi dan ‘ice breaking’
yang disampaikan oleh ENCIK ENG JENG HONG, Kaunselor SMKTP. Tujuannya adalah untuk member kesedaran dan
motivasi kepada para peserta agar dapat memberi komitmen terhadap pengisian kem
selama dua hari ini.
Slot
pertama ini berakhir pada 10.00 pagi dan para peserta berhenti rehat selama 30
minit untuk sarapan.
Selepas
rehat, bermula slot kedua pada pukul 10.30 pagi. Slot kedua ini diisi dengan ceramah menjawab
soalan rumusan dan pemahaman KOMSAS yang disampaikan oleh TUAN HAJI ABDUL RAZAK
B. YAHYA.
Slot yang dimulakan dengan ceramah ini
diikuti dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan pembentangan kumpulan. Para
peserta menggunakan Modul Latihan Terancang PERHALUS sebagai pandual untuk
menyiapkan tugasan.
Hari pertama berakhir pada pukul 1.05 selepas makan tengah hari....bersambung esok pula....
...kpBM/
No comments:
Post a Comment