Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Thursday 28 June 2012

Pendekatan Pengajaran Tatabahasa


Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim

Baru-baru ini beberapa orang guru termasuklah guru pelatih yang sedang menjalani latihan praktikum telah menanyakan soalan tentang teknik atau cara untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid. Mereka mengatakan bahawa kebiasaannya murid-murid kurang berminat untuk belajar tatabahasa.

Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan membosankan murid-murid, malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan bekesan kepada murid-murid. Bagi murid pula, mereka kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid.

Sebenarnya banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid. Seelok-eloknya guru harus berbincang dengan pelajar itu sendiri tentang teknik yang disukai oleh mereka. Dengan berdasarkan pengalaman saya sendiri, murid-murid lebih berminat dengan teknik yang menarik seperti nyayian dan nasyid, lakonan, dialog, kuiz serta forum. Oleh itu, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Jadi, perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka. Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka. Pendekatan yang selalu dicadangkan oleh pakar-pakar pengajaran tatabahasa adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif iaitu bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan rumus atau peraturan yang khusus.

Seperti yang telah dinyatakan tadi, antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak membosankan pelajar ialah teknik nyanyian atau lagu. Hal ini demikian kerana, banyak lagu yang mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Oleh itu, guru perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar. Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas menyanyikan lagu tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi. Selain itu, gunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan rasa bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa.

Selain lirik lagu, guru-guru juga boleh menggunakan sajak untuk membincangkan aspek tatabahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. Sebagai contohnya, gunakan sajak Harga Remaja (Antologi Harga Remaja) untuk membincangkan aspek penggolongan kata di samping kata kerja. Oleh itu, selain aspek-aspek sastera dan maksud sajak, murid-murid juga boleh menggunakan sajak itu untuk belajar tatabahasa secara tidak langsung. Walau bagaimanapun, guru-guru perlu merancang dan mengkaji aspek tatabahasa yang hendak dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Selain teknik nyanyian, guru-guru juga boleh menggunakan keratan akhbar atau majalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Karya-karya komsas selain sajak seperti cerpen, prosa tradisional, novel, pantun, syair dan gurindam juga boleh digunakan untuk pegajaran tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa pengajaran komponen sastera, guru-guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa dalam perbincangan pelajar. Dengan kata lain, pengajaran tatabahasa tidak diajarkan secara langsung tetapi secara tidak langsung. Hal ini dapat mengurangkan masalah kebosanan dan kurang minat murid untuk belajar tatabahasa.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan 6, guru-guru perlu menggunakan keratan akhbar, majalah atau risalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Jadi secara tidak langsung, pelajar-pelajar mendapat manfaat yang berganda iaitu selain memahami atau mencari isi penting daripada petikan itu, mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Sekurang-kurangnya teknik ini kuranglah membosankan pelajar kerana guru telah menetapkan fokus yang hendak dibincangkan daripada sesuatu bahan atau petikan tersebut. Di samping itu, guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa ini setiap kali semasa membincangkan karangan, rumusan karangan, dan juga semasa mengalih bentuk teks. Perkara ini perlu dilakukan kerana setiap latihan yang dinyatakan itu tadi melibatkan aspek tatabahasa. Sebagai contohnya, semasa menulis karangan, rumusan karangan dan mengalih bentuk teks, pelajar-pelajar terpaksa membina ayat yang melibatkan aspek tatabahasa. Hal ini juga menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar dalam Kertas 1 perlu diaplikasikan dalam Kertas 2.



Dipetik daripada :
Blog: khirkassim.blogspot.com


Dicatat oleh kpBM, SMKTP

Wednesday 27 June 2012

Kem PERHALUS BM SPM 2012

 Tarikh : 4 & 5 JULAI 2012

Tempat :  SMK Tanah Putih, Kuantan

Masa : 8.00 - 4.00 petang

Peserta : Semua murid PERHALUS seramai 139 orang dan 10 orang murid dari Tingkatan 5D

Urusetia dan Fasilitator :

1) ENCIK SEE KOON SUAN
2) PUAN ROSHANILAWATEY BT. JUSOH
3) PUAN ROHANA BT. ABDUL PATAH
4) PUAN ZALEHA BT. OTHMAN
5) TUAN HAJI ABDUL RAZAK B. YAHYA
6) CIK FUZIELLAH BT. ABU BAKAR
7) ENCIK TEO WEI SING
8) PUAN NORAISAH BT. ABDUL RANI
9) ENCIK ENG JENG HONG (KAUNSELOR)
10)  ENCIK AWANG MAHADI B. ALI

Semoga Kem PERHALUS dapat dijalankan dengan lancar dan membantu murid-murid untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2012.



Monday 18 June 2012

PERHALUS - Ujian Saringan 1





PROGRAM PERHALUS BM SPM 2012
UJIAN SARINGAN 1

TARIKH
MASA
TEMPAT
:
:
:
18 JUN 2012 (ISNIN)
8.05 pagi – 1.05 / (5M1 – 1.15)
RUJUK JADUAL

MURID  YANG  TERLIBAT
TEMPAT
1
5S1, 5M1 & 5J
5M1
2
5M2 & 5D
5D
3
5G
5G
4
5A1
5A1
5
5A2
5A2
6
5A3
5A3






JADUAL UJIAN
KERTAS SOALAN
MASA
TEMPOH
BM Kertas  1
8.10 – 10.25
2 jam 15 minit
REHAT
10.25 – 10.45
20 minit
BM Kertas 2
10.45 – 1.15
2 jam 30 minit

Tuesday 12 June 2012

Pemantauan PERHALUS di SMKTP

 
 

PEMANTAUAN PENGGUNAAN MODUL PERHALUS DALAM P & P
BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
OLEH PIHAK JPNP

1)      TARIKH

2)      MASA

3)      NAMA PEMANTAU

4)      TEMPAT PERJUMPAAN

5)      KEHADIRAN

         GURU PERHALUS YANG
         HADIR



          TIDAK HADIR


6)      GURU PERHALUS YANG DICERAP


:

:

:

:

:






:


:
12 JUN 2012 (SELASA)

8.30 – 10.30 PAGI

PUAN NORIZA BT MAHMOOD

BILIK KETUA BIDANG

1. Encik See Koon Suan (KB Bahasa)
2. Puan Roshanilawatey Bt. Jusoh (KP BM)
3. Puan Rohana Bt. Abdul Patah
4. Puan Zaleha Bt. Othman
5. Tuan Haji Abdul Razak B. Yahya
6. Cik Fuziellah Bt. Abu Bakar

Encik Teo Wei Sing ( Cuti sakit)


TUAN HAJI ABDUL RAZAK B. YAHYA
– KELAS 5M2 / 5D



7)       DAPATAN HASIL  DARIPADA PERJUMPAAN DENGAN PEMANTAU :

1.       Pelaksanaan Program PERHALUS secara umum.

2.       Meminta maklum balas daripada guru-guru kelas PERHALUS

3.  Puan Noriza menyampaikan hasrat dan harapan JPN / Yayasan Pahang terhadap Program PERHALUS ini.


4.       Membincangkan masalah yang dihadapi oleh guru dalam mengajar murid PERHALUS

·         Binaan modul – ada yang tidak selaras antara modul  latihan murid dengan modul  panduan guru.   Terdapat bahagian-bahagian tertentu yang boleh mengelirukan murid.

·         Kehadiran murid terutamanya bagi kelas-kelas yang lemah  agak tidak memuaskan.  Murid yang ponteng atau yang terlibat dengan kes disiplin) tidak dapat mengikuti pengajaran dan penggunaan modul secara berkesan.
·         Terdapat murid yang kurang menguasai kemahiran 3M (terutama dari kelas 5A1, 5A2 dan 5A3) tidak berminat untuk cuba menyiapkan latihan.   Keadaan ini berlaku kerana murid sukar memahami  isi / bahan pengajaran.

·    Secara keseluruhannya,  pelaksanaan program PERHALUS masih belum dapat dinilai keberkesanannya kerana  sempat dijalankan antara 2 – 3 minggu sahaja sebelum bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012.  Murid juga belum dapat mengaplikasikannya dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini.

5.       Menjelaskan cara-cara guru menghadapi masalah murid PERHALUS

·       Guru menggunakan kreativiti untuk mengubah suaikan isi pengajaran berdasarkan modul PERHALUS.

·         Tuan Hj Razak (guru PERHALUS)  akan mencatat beberapa kelemahan yang terdapat di dalam modul PERHALUS untuk dimurnikan pada masa akan datang sesuai dengan keperluan penandaan kertas BM di peringkat SPM.

·         Guru-guru kelas PERHALUS sentiasa berbincang secara tidak formal untuk berkongsi masalah dan cuba memikirkan  kaedah yang berkesan untuk digunakan di dalam bilik darjah.  
.
·         Bagi kelas-kelas yang pencapaian mereka agak sederhana (TOV antara 30 – 35), murid diminta membuat latihan di rumah dan dibincangkan oleh guru di dalam bilik darjah.  Dengan cara ini, guru dapat memberI latihan tambahan kepada mereka berbanding dengan kelompok murid PERHALUS yang agak lemah.   Kelompok murid ini mempunyai potensi untuk mendapat keputusan pada tahap kepujian.

·         Guru menggunakan pendekatan memujuk untuk menarik minat murid yang lemah (5A1, 5A2, 5A3) untuk melengkapkan modul latihan PERHALUS.    Dalam masa yang sama, guru akan lebih bertegas terhadap ragam murid yang cenderung menimbulkan gangguan dalam kelas.  

·         Pemantauan modul latihan dibuat oleh pihak pentadbir dari semasa ke semasa.   Pemantauan kali pertama telah dibuat oleh GPK1 pada 9 MEI 2012.

-   Pihak pentadbir (GPK HEM) diminta untuk membuat perjumpaan dengan ibu bapa/ penjaga murid yang terlibat untuk berbincang tentang masalah kehadiran anak-anak mereka ke sekolah.  Ibu bapa / penjaga juga perlu dimaklumkan tentang kepentingan program PERHALUS demi masa depan anak-anak mereka.  


8)   HAL-HAL  LAIN
·      Modul  BM SPM
-       Hasil perbincangan dan maklum balas daripada guru tentang penggunaan modul latihan terancang PERHALUS, Tn Hj. Razak Yahya secara sukarela telah memberi persetujuan untuk menyumbangkan ideanya bagi menghasilkan modul BM bagi murid-murid SMKTP.   Beliau akan menggunakan segala  kepakaran dan pengalamannya dalam pemeriksaan kertas BM di peringkat SPM untuk  membina  modul  yang sesuai dengan murid di SMK Tanah Putih.   
-       Hasrat tersebut disokong penuh oleh Puan Noriza dan berharap agar modul yang bakal dihasilkan itu dapat dikongsi dengan sekolah-sekolah lain di PPD Kuantan pada masa akan datang.


Disediakan oleh :
Ketua Panitia BM, SMKTP