Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Monday 2 February 2015

SEUNTAI KATA SEINDAH BAHASA (SKSB)

Program SEUNTAI KATA SEINDAH BAHASA (SKSB) mula diperkenalkan di SMKTP pada tahun 2008, yang diilham oleh Tuan Pengetua SMKTP pada masa itu, Encik Moy Wah Goon.   Program tersebut masih diteruskan sehingga sekarang dengan beberapa penambahbaikan.

Secara umumnya, tujuan  program ini diperkenalkan adalah untuk membantu murid-murid meluaskan kosa kata dan ungkapan menarik mereka.  Seterusnya, diharapkan mereka dapat mengaplikasikannya dalam sebarang aktiviti  kebahasaan.  Ternyata ada kesannya kepada muridmurid.

Rasional :
Penguasaan kosa kata dalam kalangan murid agak rendah.  Ramai yang tidak memahami maksud kata dan sukar menggunakannya dalam ayat.

Matlamat & Objektif :

1)  Murid dapat menambahkan kosa kata dan ungkapan menarik, terutamanya peribahasa.

2) Mereka dapat menggunakan kosa kata yang tepat dan luas serta ungkapan menarik dalam pelbagai aktivti kebahasaan,sama ada secara lisan atau secara bertulis.

Strategi Pelaksanaan :
1)  Guru akan menyediakan dan mempamerkan kosa kata termasuk peribahasa pada setiap hari di papan kenyataan khas.  Ini dilakukan secara bergilir-gilir mengikut bulan.

2)  Murid akan menyalin perkataan dan peribahasa yang dipaparkan berserta  maksud dan contoh ayat di dalam buku SKSB

3)  Mulai tahun 2011, terdapat sedikit penambaikan terhadap program ini, iaitu perkataan yang dipilih akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan bahasa Cina dengan kerjasama ahli Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Inggeris.
4)  Murid diminta menyalin terjemahan perkataan yang dipaparkan sama ada ke bahasa Inggeris atau bahasa Cina atau kedua-dua sekali mengikut keselesaan murid. 

5)  Sebahagian daripada kosa kata yang dipaparkan akan diuji secara berkala semasa PdP.
 
6)  Pengetua SMKTP pula akan menyoal murid-murid secara rawak berkaitan dengan kosa kata yang dipaparkan itu semasa perhimpunan mingguan.

7) Bermula tahun ini (2015) format paparan diubah sedikit mengikut minggu.  Pada minggu pertama dan ketiga hanya dipaparkan kosa kata (makna dan contoh ayat), manakala pada minggu ketiga dan keempat dipaparkan peribahasa bergambar (makna dan contoh ayat).

Dengan program ini diharapkan murid SMKTP (yang terdiri lebih daripada 70 % murid berbangsa Tionghua) dapat memahami perkataan bahasa Melayu dengan lebih baik lagi.  Secara tidak langsung ini dapat membantu mereka menguasai BM seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran BM.

.../kpBM