... Saya menjawabnya; papan tanda itu betul.
Perlepasan bermaksud perihal berlepas. Perkataan Berlawan bagi perlepasan ialah pendaratan. Ayat contoh:
1) Balai perlepasan dipenuhi jemaah yang hendak menunaikan haji di Makkah.
Pelepasan pula bermaksud perihal melepaskan atau pembebasan. Perkataan berlawan bagi pelepasan ialah pengikatan atau pengurungan.
Pelepasan juga bermaksud perihal mengecualikan daripada sesuatu seperti cukai dan tempat melepaskan kentut serta najis (jubur).
Ayat contoh:
2) Pelepasan penjenayah dari kurungannya itu sedang disiasat.
3) Dia mendapat pelepasan cukai sebanyak tiga puluh peratus.
4) Bawasir itu tumbuh di hujung pelepasannya sejak lima bulan yang lalu.
Nota: Ejaan yang baku bagi platfom ialah platform

Sumber : Cikgu Naim Daipi
.../kpBM