"Perkataan-perkataan Melayu itu apabila dirangkaikan supaya menjadi cakap bermakna wajiblah disusun mengikut kaedah-kaedah yang tertentu khas bagi bahasa Melayu. Dengan demikian barulah nyata perhubungan antara tiap-tiap sepatah perkataan dengan lain-lain perkataan yang berkenaan dengannya dalam rangkaian itu, barulah boleh ia memberi pengertian yang betul dan terang mengikut jalan susunan bahasa Melayu jati."
...Zaaba, Pelita Bahasa, Bab 14 hlm 294
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....
Para editor dan guru bahasa Melayu, sila lihat dan beri perhatian dan ambil tindakan sewajarnya.
1. baru dan baharu
Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Bahasa DBP pada 16 Ogos 2010, dan disahkan pada 8 November 2010, mengesahkan bahawa ejaan perkataan "baru" dan "baharu" itu adalah variasi ejaan yang dapat diterima pakai. Tidak ada perbezaan makna dan fungsi nahu.
2. "Tok" dan "Tuk"
Ejaan perkataan "Tok Pelanduk" atau "Tuk Pelanduk" sebagai nama khas juga dibenarkan.
Editorial perlu memilih salah satu dan menggunakannya dengan konsisten.
Sementara menunggu apa-apa yang baik, lakukanlah kegiatan/ perkara-perkara yang berfaedah
SITUASI :
Banyak pekerjaan yang boleh diisi semasa waktu senggang kita. Ramai orang menganggap waktu senggang untuk diisi dengan istirahat, berlibur-libur, berlapang-lapang atau berlepak-lepak.
Banyak pekerjaan yang boleh kita buat semasa waktu senggang untuk mendapatkan kepuasan dan keperluan rohani dan jasmani, ukhrawi dan duniawi, untuk kemaslahatan dan kebajikan umat, untuk pembangunan diri, untuk menambahkan kemahiran dan sebagainya.
Seperti pesawah yang tidak menantikan padi di bendang meranum untuk meraih hasil tetapi melakukan pekerjaan lain untuk menambahkan daya hasil dan menambahkan pendapatan. Jangan pula kita mengisi waktu senggang kita dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah dan tidak menguntungkan kita. Hargai masa dan teruskan kehidupan yang dapat membahagiakan dan memakmurkan keluarga kita.
PANTUN :
Pasang pasak rumah yang lesak Kayu ditarah sebelum dijemur; Padi masak jagung pun masak, Rezeki murah hidup pun makmur.
KOSA KATA :
senggang - lapang atau tidak sibuk maslahat - sesuatu yang memanfaatkan pasak - baji atau sendal kayu bagi mengetatkan sesuatu lesak - di atas tanah, tidak bertiang (bagi rumah) tarah - meratakan kayu atau papan
Bahasa Melayu mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri sebagai bahasa Kebangsaan dan antarabangsa jika ia dimartabatkan sebaik mungkin, kata Profesor Wu Zongyu yang dinobat sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa.
Pengarah Pusat Pengajian Melayu Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing (BFSU), Profesor Wu Zongyu dinobatkan sebagai sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa selepas memperlihatkan kesungguhannya memartabatkan bahasa Melayu di China sejak 50 tahun dulu.
Zongyu menerima Watikah Penghargaan Negara daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat Kebangsaan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada Oktober lepas.
Beliau menerima RM50,000, buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Watikah Penghargaan Negara.
Penganugerahan tersebut adalah sebagai menghargai dan mengiktiraf tokoh bahasa dan pengajian Melayu dari luar rumpun dunia Melayu yang berjaya meningkatkan martabat bahasa dan persuratan Melayu di peringkat antarabangsa melalui kerjasama pakar dan aktiviti sedunia dalam bidang penyelidikan, penerbitan, promosi dan pelbagai kegiatan kebangsaan.
Tokoh bahasa berusia 72 tahun itu yang diberi gelaran Laksamana Cheng Ho kedua kerana peranannya dalam mengeratkan jalinan dua tamadun besar iaitu China dan Melayu mula menubuhkan Jurusan Bahasa Melayu di BFSU pada 1962.
Menurut Zongyu, pada peringkat awal, beliau memperkenalkan bahasa Melayu versi Tanah Melayu di China sebelum berkembang dengan penubuhan Kursi Pengajian Melayu yang membawa kepada peningkatan program ilmiah termasuk program pasca siswazah di tujuh buah universiti di negara itu.
Katanya, beliau tidak pernah menyangka akan diberi penghargaan sedemikian dan akan menjadikan pengiktirafan itu sebagai dorongan kepadanya untuk terus memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
"Saya belajar bahasa Melayu dan mendekati jiwa bangsa Melayu kerana minat dengan keunikan budaya dan tamadun itu sendiri. Ini akan menjadi usaha berterusan saya selagi termampu dalam usaha untuk memartabatkan bahasa negara kerana saya percaya bahasa ini mampu mengubah sesuatu bangsa dan negara itu"
"Jika bahasa Melayu boleh merapatkan dua negara seperti Indonesia dan Malaysia, ia juga berupaya menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah tersebut.
Beliau yang merupakan Pengarah Pusat Pengajian Melayu Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) berkata, rakyat negara ini perlu mengagungkan budaya dan memartabatkan bahasa Melayu seiring dengan perkembangan ekonomi kerana pengaruh bahasa itu semakin terserlah dari sehari ke sehari.
Mengenai perjuangan beliau memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, tokoh bahasa yang berusia 72 tahun itu berkata beliau amat gembira dan terharu apabila usahanya itu diterima baik dan diperakui di peringkat antarabangsa.
Beliau yang dilahirkan di Shanghai, telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan pada majlis konvokesyen ke-50 Universiti Malaya pada 3 Oktober lalu.
Bahasa Cina - Bahasa Melayu
bu mi - bumi
ba du - batu
zhe lan - jalan
da na - tanah
ba da - bata
gu da - kota
lu sun - dusun
ge ben - kebun
song he - sungai
bu ji - bukit
ya yi er - air
ma da ya er - mata air
su mu er - sumur
ya da gen ding - atap genting
song he bu sa - sungai besar
song he ge zhi - sungai kecil
song he duo si - sungai luas(?)
lao bu sa - laut besar
lao ge zhi - laut kecil
ba ye bu sa - paya besar
bu ji bu sa - bukit besar
bu ji ge zhi - bukit kecil
an ba bu sa - ombak besar
an ba ge zhi - ombak kecil
ya yi bu sa - air besar
ya yi ge zhi - air kecil
ya yi ma su - air masuk
ya yi ba sang - air pasang
lao bu sa di men er - laut besar timur
lao bu sa xi la dan - laut besar selatan
lao bu sa wu da la - laut besar utara
ba wa bu ji - bawah bukit
[Sumber: Liang Liji. 1996. Lembaran Sejarah Gemilang Hubungan Empayar Melaka - Dinasti Ming Abad ke-15.. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia]
Man La Jia Guo Yi Yu (Senarai Perkataan Negeri Melaka)
Setakat yang telah dikaji oleh sarjana, kamus terawal bahasa asing-bahasa Melayu ialah kamus yang merupakan daftar kata bahasa Cina-bahasa Melayu yang dipercayai telah disusun dalam abad ke-15. Pada tahun 1930-an, sarjana Inggeris E.D. Edwards dan C.O. Blagden menghasilkan tulisan yang berjudul "A Chinese Vocabulary of Malacca Words and Phrases Collected between A.D 1403 and 1511(?)". Menurut mereka, penyusunan daftar kata itu berlangsung dalam tempoh bermulanya hubungan rasmi antara Dinasti Ming dengan Empayar Melaka pada 1403 (tarikh ini tidak mengambil kira temuan terbaharu kajian yang menyarankan abad ke-13 sebagai permulaan Kerajaan Melaka) hingga Melaka jatuh di tangan Portuis pada tahun 1511.
Kamus itu disusun untuk memenuhi keperluan pegawai kerajaan Dinast Ming mempelajari bahasa Melayu dalam rangka penjalinan hubungan dengan Kerajaan Melaka. Maka itu judulnya apabila diterjemahkan berbunyi "Senarai Perkataan Negeri Melaka". Kamus itu terbit 100 tahun lebih awal daripada kamus Itali-Melayu susunan Antonio Pigafetta pada tahun 1521. Daripada segi jumlah entri, kamus Cina-Melayu berjumlah 482 patah kata, sementara kamus Itali-Melayu hanya berjumlah 426 patah kata. Kamus Cina-Melayu itu aktif dalam hal penggunaannya dan bertahan hingga abad ke-15, berdasarkan bukti bahawa pada tahun 1550 kamus itu masih disemak oleh pegawai bahasa (Tong Shin) yang bernama Yang Lin.
Entri yang terkandung dalam kamus itu dapat dibahagi kepada 17 kategori, iaitu astronomi, geografi, musim dan waktu, tumbuh-tumbuhan, Haiwan, rumah dan istana, alat perkakas, orang, peri laku, tubuh badan, pakaian, makanan dan minuman, barang emas dan permata, kemasyarakatan dan sejarah, hitungan, dan umum.
1. Entri Kategori Astronomi
an la - Allah (langit, udara) ha li - hari bu lan - bulan anyin - angin ya wan - awan gu lu - guruh wu zhan - hujan an la de du - Allah (udara) teduh an ben - embun bin yin dang - bintang ha sa - asap bin dang du zhu - bintang tujuh gan bi da - ? (kabut) bang gu ning - mambang kuning an la ge lan - Allah (langit) kelam an la xi dan - Allah (langit) hitam an la ding yin - Allah (udara) dingin ba na en (si?) an la - panas Allah (udara) ma lao - kemarau li an yin - (bertiup?) angin an yin dau fan - angin taufan an yin busa - angin besar an yin ge zhi - angin kecil se ju anyin - sejuk angin (angin sejuk) an yin bulunti - angin berhenti an yin labu - angin labuh an yin zhe xia - anginjahat an yin gu du - angin? an yin bu yi - angin bunyi (bunyi angin) wu zhan bu sa - hujan besa wu zhan ge zhi - hujan kecil wu zhan xin ni - hujan seni wu zhan du lun - hujan turun wu zhan la ma - hujan lama ya wan de li (liang?) - awan terang ya wan de ji (lang) - awan terang ya wan de li (bang) - awan terbang bu lan ba lu nai - bulan baru naik ma su bu lan - masuk bulan de lang bu lan - terang bulan de yin bu lan - ? bulan deng jia bu lan - tengah bulan ha li ge lu - (mata)hari keluar ha li ma su - (mata)hari masuk bing yin dang ge lu - bintang keluar ha li xi yang - hari siang ji lan - kilat
Sumber rujukan : ~Kembara Bahasa~ Pendukung Gagasan Melayu Mahawangsa
Amat sukar mengajar atau menasihati orang yang jahat dan degil
AYAT
:
Mengajar Awang Nik ilmu agama bagaikan air titik ke batu kerana dia tidak akan menerimanya.
TARIKH
:
17.1.12
PERKATAAN
:
ASPIRASI
MAKNA
:
Cita-cita, keinginan yang kuat
AYAT
:
Aspirasinya tinggi menggunung.
PERIBAHASA
:
Adat lama pusaka usang
MAKSUD
:
Adat yang tidak berubah sejak berzaman-zaman
AYAT
:
Tidak salah kalau kita memakai adat lama pusaka usang selagi adat itu tidak bertentangan dengan ajaran agama.
TARIKH
:
18.1.12
PERKATAAN
:
ARCA
MAKNA
:
Berhala, patung, tugu
AYAT
:
Arca Tuan Raffle masih tercegat di tepi Sungai Singapura.
PERIBAHASA
:
Ada rotan ada duri
MAKSUD
:
Untuk mendapat kesenangan perlu menempuh kesukaran dahulu
AYAT
:
Kita tidak perlu kesal sekiranya masalah timbul pada saat saat kejayaan hampir diraih kerana ada rotan, ada duri.
TARIKH
:
19.1.12
PERKATAAN
:
ALAS
MAKNA
:
dasar
AYAT
:
Alas gelas itu dibuat daripada kertas tebal.
PERIBAHASA
:
Belakang parang kalau diasah lama-lama tajam juga
MAKSUD
:
Orang yang bodoh kalau diajar dengan baik akan pandai
AYAT
:
Walaupun anaknya dianggap lemah dalam semua mata pelajaran, namun Kak Ijan tidak pernah putus asa mengajar dan mencari guru tuisyen kerana dia beranggapan belakang parang kalau diasah lama-lama tajam juga.
TARIKH
:
20.1.12
PERKATAAN
:
ALIF
MAKNA
:
Sahabat, teman
AYAT
:
Samad alif saya.
PERIBAHASA
:
Belut jatuh ke lumpur
MAKSUD
:
Kembali ke tempat asalnya
AYAT
:
Setelah berpuluh-puluh tahun berada di rantau orang, akhirnya Azizan bagai belut jatuh ke lumpur.
Pagi tadi sebelum mengakhiri perhimpunan Kokurikulum Mingguan hari Rabu di Dewan Besar SMKTP, Guru Kaunseling, Encik Eng telah menarik perhatian semua hadirin, khususnya murid-murid dan guru yang akan meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Encik Eng mengimbau peristiwa di sebalik perayaan Tahun Baru Cina yang mungkin tidak diketahui oleh kebanyakan generasi muda hari ini. Mendengar Encik Eng bercerita, teringat bahan yang telah saya kumpul untuk murid-murid Tingkatan 3K4 dua tahun lepas.
Sebenarnya, "Perayaan Tradisi Kaum" ini telah dijadikan tajuk Kerja Kursus Sejarah PMR 2010. Jadi, eloklah saya kongsikan bahan tersebut di sini sebagai tambahan kepada cerita yang disampaikan oleh Encik Eng pagi tadi.
TAHUN BARU CINA
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu. Diriwayatkan bahawa seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina menandakan permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’, ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China merupakan permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha.
Lagenda meriwayatkan bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12 binatang yang sampai. Sebagai penghargaan daripada Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina ialah cuti umum. Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘Chap Goh Mei‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru, seperti kuih bulan dan limau mandarin. Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan pada tahun hadapan.
Pada malam Tahun Baru, kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya menjadi tradisi turun temurun, seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’, yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Kemudian, bagi golongan dewasa, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan Tahun Baru bermula.
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ @ "Gong Xi Fa Cai" akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Ia bersamaan dengan memberi duit raya dalam kalangan umat Islam semasa hari Raya.
Terdapat juga tradisi larangan pada masa Tahun Baru Cina ini. Dipercayai bahawa sepanjang 15 hari sambutan perayaan, tidak dibenarkan sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia akan ditimpa kerugian. Tidak dibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan menghalau keluar tuah dari ahli rumah. Tarian singa juga dipersembahkan, sebagai tanda memuliakan haiwan ini yang membantu menumpaskan raksasa jahat.
Pada hari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran manusia, masyarakat Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang dinamakan ‘yee sang’. Ia kaya dengan herba dan menjadi simbol kehidupan, murah rezeki, dan panjang umur. Masyarakat Hokkien pula menyambut hari kelapan dengan bersembahyang kepada ‘Tian Gong’, iaitu Dewa Syurga. Manakala hari terakhir iaitu ke-15, mereka akan mengadakan perarakan Chinggay, terutama di Pulau Pinang.
Dengan memahami budaya tradisi pelbagai kaum, akan meningkatkan keharmonian dalam perhubungan sesama ahli masyarakat, khususnya warga SMKTP....
sumber : wikipedia / bahan Kerja Kursus Sejarah PMR 2010