Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Monday 16 May 2011

SELAMAT HARI GURU 2011, Terima kasih, Cikgu...

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru SMK Tanah Putih, khususnya ahli Panitia Bahasa Melayu.  


Kad ucapan daripada Persatuan Bahasa Melayu
Semoga kita akan terus meningkatkan iltizam untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagaimana yang telah kita janji dan ikrarkan....

Selamat Hari Guru, terima kasih Cikgu....


.../kpBM



Monday 9 May 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 & Mesyuarat Panitia BM

Esok bermula Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 bagi murid Tingkatan Empat dan Lima.  Mereka akan menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 pada hari Rabu, 11 MEI 2011.  Kami mengharapkan agar murid-murid yang terlibat sudah membuat persediaan rapi bagi menjawab soalan yang dikemukakan.   

Murid-murid di peringkat menengah rendah pula akan mula menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun pada 23 MEI 2011.  Bagi pihak guru-guru BM yang lain, saya mengucapkan SELAMAT BERJAYA....

Mesyuarat Panitia BM kali ke-2 akan diadakan esok ada pukul 12.30 tengah hari di Bilik SAL.  Semua ahli panitia diharapkan dapat menepati masa yang telah ditetapkan agar mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar.  

.../kpBM 

 

Thursday 5 May 2011

DIMENSI - MATRA

Kata dimensi berasal daripada perkataan bahasa Inggeris, dimension.  Kata nama dimensi ini bermaksud ruang yang dapat diukur

Apabila kata ini disadurkan ke dalam bahasa Melayu, kata tersebut dieja atau ditulis sebagai dimensi.  Bentuk "sion" pada kata bahasa sumber dimension menjadi "si" dalam bahasa Melayu.

Sesungguhnya,  telah sedia ada padanan kata dimension ini dalam bahasa Melayu, iaitu matra.  Perkataan ini agak popular juga sedikit masa dahulu.  Namun begitu, hari ini kata matra seolah-olah tidak digunakan lagi, lalu digantikan dengan kata dimensi.  

Ada tiga pengertian kata matra ini, iaitu :

1. maksud ukuran tinggi, panjang, atau lebar.  Sebuah kotak, misalnya mempunyai bentuk matra yang tertentu.

2.  makna berkaitan dengan bidang muzik, iaitu tentang ukuran banyaknya tekanan irama dalam sesuatu lagu (muzik).

3.  bermaksud pola penyusunan baris-baris sajak yang berhubung dengan jumlah, panjang dan tekanan suku kata.

Kini, kita sudah ada pilihan untuk menggunakan sama ada kata dimensi atau matra...

.../kpBM

Tuesday 3 May 2011

KATA SERAPAN (3)

KOMPOSER

Kata bahasa Inggeris composer sudah menjadi kata serapan dalam bahasa Melayu, yang dieja "komposer".  Makna kata komposer dalam bahasa Melayu ialah pencipta atau penggubah lagu.  Maksud ini terakam dalam ayat contoh yang berikut : 

Sejak akhir-akhir ini, begitu banyak komposer muda muncul dalam arena muzik tanah air.

Sebelum kata komposer menambah kosa kata bahasa Melayu, kata pencipta atau penggubah lagu digunakan dengan luas bagi menamai orang yang kerjanya mencipta atau menggubah muzik.

LIRIK

Apabila kita bercakap tentang hal muzik dan lagu, kata lirik pasti diperkatakan bersama-sama dengan kata komposer kerana kedua-duanya saling melengkapi.  Kata lirik juga berasal daripada kata bahasa Inggeris lyric.  Kata lirik dalam konteks seni suara digunakan dengan maksud "seni kata" lagu.

Ahli muzik sering mengatakan bahawa tanpa penggubah lagu dan penulis lirik yang baik, sesuatu lagu akan menjadi hambar.

Oleh itu, jika kita padankan dengan pencipta atau penggubah lagu, maka kata lirik digantikan dengan kata seni kata lagu.

Demikian, beberapa patah kata bahasa Inggeris yang digunakan dalam bahasa Melayu, tetapi ada padanan yang sungguh mudah dan pernah digunakan secara meluas sebelum ini.  Patutlah kita menggunakannya.

sumber : Dewan Siswa, Kamus Dewan

.../kpBM

Sunday 1 May 2011

KATA SERAPAN (2)

Satu lagi perkataan bahasa Inggeris yang sering digunakan dalam kegiatan berbahasa ialah commitment (kata nama), dan commited (kata adjektif).  Dalam bahasa Melayu, commitment dieja komitmen, dan commited dieja sebagai komited sahaja.

Komitmen bermaksud sikap, pendirian atau perbuatan memberikan sepenuh tenaga dan perhatian kepada sesuatu.  Kata ini juga dapat ditakrifkan sebagai sikap atau perbuatan yang menunjukkan sokongan serta azam yang penuh kepada sesuatu.  Kedua-dua maksud ini tersirat dalam dua ayat contoh yang berikut :

1.  Perkumpulan mahasiswa seharusnya tidak mempunyai komitmen dengan parti politik.

2.  Setiap kakitangan awam harus mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas masing-masing.

Kata komited pula mendukung maksud mempunyai atau menunjukkan komitmen tentang sesuatu.  Makna ini terungkap dalam ayat contoh yang berikut :

3.  Persatuan belia itu begitu komited tentang kegiatan sosial golongan belia.


Sebenarnya, kata komitmen dan komited ini telah ada kata padanannya sebagai pilihan dalam bahasa Melayu, iaitu iltizam.  Kata saduran daripada bahasa Arab ini bersinonim dengan kata komitmen tadi.  Ayat contoh dengan penggunaan kata iltizam :

4.  Usaha pengembangan bahasa Melayu perlulah disertai dengan iltizam daripada semua pihak.

Kini, kita sudah ada pilihan untuk menggunakan sama ada kata komitmen/ komited atau iltizam.

Sumber : Majalah Dewan Siswa, Kamus Dewan.
.../kpBM

SKSB Mei 2011


SEUNTAI KATA SEINDAH BAHASA
MEI  (PAGI)

PENYELARAS : TUAN HJ ABDUL RAZAK YAHYA

3 MEI – 27 MEI 2011



1.                       DAGANG  
2.                       DAHSYAT
3.                       DAIF
4.                       DAKWA 
5.                       DALIL  
6.                       DAMAI   
7.                       DANA    
8.                       DANGKAL
9.                       DARJAT  
10.              DARURAT
11.              DASAWARSA
12.              DAULAT  
13.              DEBAT  
14.              DEDIKASI
15.              DEGIL   
16.              DELEGASI
17.              DEMOKRASI
18.              DEMONSTRASI