Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Friday 28 January 2011

Program Seuntai Kata Seindah Bahasa 2011


kamus untuk program SKSB
Program Seuntai Kata Seindah Bahasa (SKSB) telah dilaksanakan sejak tahun 2008 di SMKTP.  Pada tahun ini terdapat sedikit perubahan dalam pelaksanaan program SKSB.  Perkataan dipilih daripada dua buah kamus yang telah ditetapkan, iaitu Kamus Komprehensif Bahasa Cina (untuk sesi petang) dan Kamus Padu Terkini (untuk sesi pagi).  Senarai perkataan yang terpilih akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Rasional : Kosa kata murid agak rendah.  Ramai yang tidak memahami maksud kata dan sukar menggunakannya dalam ayat. 


Matlamat / Objektif :
1)  Murid dapat menambahkan kosa kata dan ungkapan 
     menarik, khususnya peribahasa.
2)  Menggunakan kosa kata yang tepat dan luas serta
     ungkapan yang menarik dalam pelbagai aktiviti 
     kebahasaan.
 
Strategi  Pelaksanaan :
1)1)   Guru akan menyediakan / mempamerkan kosa kata dan 
      peribahasa pada setiap hari di papan notis khas.
2)   Murid akan menyalin perkataan dan peribahasa yang 
      dipaparkan berserta maksud dan contoh ayat ke dalam 
      buku SKSB.
3)  Murid juga akan menyalin terjemahan perkataan 
     tersebut sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa 
     Cina.
4)  Murid akan diuji dengan kosa kata tersebut semasa Ujian
     Bulanan (10 %).
5)  Pengetua akan menyoal murid berkaitan dengan kosa 
     kata tersebut secara rawak semasa perhimpunan 
     mingguan. 


Monday 24 January 2011

Senarai Tugas Utama Ketua Panitia


1 KURIKULUM
1.1 Mendapatkan sukatan pelajaran terkini
1.2 Penyediaan rancangan pengajaran tahunan
1.3 Penyediaan rancangan pengajaran bersama
1.4 Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran
1.5 Kepelbagai teknik mengajar
1.6 Kepelbagian program pengayaan dan pemulihan
1.7 Penggunaan BBM dalam P & P
1.8 Meningkatkan koleksi BBM hasilan panitia
1.9 Memperbanyakkan koleksi BBM yang dibeli
1.10 Menyelaras soalan ujian bulanan
1.11 Menyelaras soalan peperiksaan penggal
1.12 Post mortem dan tindakan susulan peperiksaan
1.13 Menyemak buku latihan pelajar
1.14 Memberi kursus dalaman
1.15 Bimbingan untuk ahli panitia baru
1.16 Pelaksanaan program khas kemahiran belajar

2 PENGURUSAN
2.1 Pemilihan buku teks dan rujukan
2.2 Pencerapan
2.3 Mesyuarat bulanan panitia
2.4 Pengajaran berpasukan (team teaching)
2.5 Mengurus jadual guru ganti
2.6 Mengadakan kursus dalaman
2.7 Guru ganti inter-panitia (jangka panjang)
2.8 Pemantauan aktiviti panitia
2.9 Mengadakan mesyuarat berkala dan “post-mortem”
2.10 Penyediaan dan pengawalan belanjawan
2.11 Pengawalan stok dan iventori
2.12 Penyeliaan kerja-kerja kursus pelajar

3 KOKURIKULUM
3.1 Melaksanakan program/aktiviti persatuan berasas akademik
3.2 Menyertai pertandingan berkaitan panitia
3.3 Program lawatan sambil belajar
3.4 Membantu persatuan berasaskan akademik dalam kepakaran ikhtisas
3.5 Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain di sekolah

4 TUGAS-TUGAS LAIN
4.1 Mewujudkan kerjasama dengan PKG, PPD dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri
4.2 Mewujudkan kerjasama dengan Ketua Panitia di SMK yang lain
4.3 Mengemaskini data bilik gerakan sekolah


"...ke gunung sama di daki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi...."

.../kpBM

Friday 21 January 2011

Ahli Panitia BM 2011

SENARAI NAMA GURU DAN TINGKATAN YANG DIAJAR

1 PUAN WAN BAHIAH BT. WAN NIK   (5S1, 5M1, 4M1, 4G)
2 TUAN HAJI ABDUL RAZAK B. YAHYA  (5S2, 5D, 4S4, 4A2)
3 PUAN NORAISAH BT. ABD RANI  (5S3, 4D, 4A1)
4 PUAN ZALEHA BT. OTHMAN  (5S4, 5A3, 4S3, 4J
5 CIK FUZIELLAH BT. ABU BAKAR  (5M2, 5J, 4S2)
6 ENCIK AWANG MAHADI B. ALI  (5G, 5A2)
7 PUAN ROHANA BT. ABD PATAH  (5A1, 3K12, 3K2)
8 PUAN SEPINAH BT. HJ MAT DAUD  (4S1, 4A3, 3K10, 3K6)
9 PUAN ADHIPAH BT. KANDAR   (4M2, 3K9, 3K5, 3K3)
10  ROSHANILAWATEY BT. JUSOH   (3K13, 3K8, 3K1)
11  PUAN RUSLINA BT. ISMAIL  (3K1, 3K7, 3K4)
12  PUAN HASNIDAR BT. MOHD SAWARDI   (2K13, 2K8, P2)
13  PUAN SITI SURYATI   (2K12, 2K3, P1)
14  PUAN SUSILAWATI BT. ABDUL TALIB   (2K11, 2K7, 1K8)
15  PUAN ZAIMUNI BT. HAMZAH   (2K10, 2K4, 1K2)
16   ENCIK MOHD ZAHID B. HJ RAMLI   (2K9, 1K7, 1K4, 1K1)
17   ENCIK AB. MALEK B. CHE MAT   (2K6, 2K2, 1K1, P1)
18   PUAN RIZAITUN BT. MD NAWI   (2K5)
19   ENCIK WAN ZAMZURI W. HASENAN  (2K1, 1K10)
20   PUAN MAZIYANA BT. ISMAIL @ MAT EIL (1K11, 1K6, 1K3)
21   PUAN ROSAZIZAN BT. ZAKARIA (1K9, 1K5, P1)

NAMA GURU (ABM) TINGKATAN

1. PUAN THEYVI A/P RAMASAMY  (P2)


.../kpBM

Sunday 16 January 2011

MESYUARAT PANITIA 1/2011

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali pertama untuk tahun 2011 telah diadakan sebagaimana yang telah dijadualkan. 
TARIKH : 15 JANUARI 2011 (SABTU)
TEMPAT : KELAS 3K7
MASA : 10.30 - 12.30 th.
AGENDA : 
1. Ucapan Pengerusi

2. Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

3. Perkara berbangkit.

4. Ucapan Ketua Bidang @ Guru Kanan Bahasa

5. Agenda Profesional :
5.1 Senarai tugas ahli panitia
5.2 Penulisan Buku Rekod Mengajar (HSP/ RPT/ RPH)
      * (sila bawa buku Huraian Sukatan Pelajaran)
5.3 Program PKKP
5.4 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun & PMR 2010
5.5 Strategi Peningkatan Prestasi Murid (semua peringkat)
5.6 Ujian dan Peperiksaan
5.7 PLBS & ULBS
5.8 Pencerapan P & P dan Semakan Buku Latihan
5.9 Program Panitia dan Ko Akademik

6. Hal-hal lain

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir.  

 .../kpBM

Wednesday 12 January 2011

Matlamat dan Objektif

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan.


OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Pada akhir sekolah menengah murid dapat:

i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta Sekolah Menengah Tingkatan Lima.

ii. mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

iii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, danditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;

iv. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;

v. mendengar, membaca, menonton, dan member ikan respons kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera;

vi. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan; dan

vii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.


OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN LIMA 

Pada akhir tingkatan lima murid dapat:

i. Berbicara bersama rakan tentang hal peribadi, keluarga, jiran, isu semasa, perkembangan serantau dan antarabangsa dengan menggunakan bahasa yang santun;

ii. Berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan mengambil kira terma dan syarat jual beli dalam membuat keputusan sama ada menolak atau menerima barangan dan perkhidmatan;

iii. berunding untuk menilai sesuatu keputusan dari segi kesan dan akibatnya untuk mencapai kesepakatan;

iv. membaca bahan teks ilmiah dan teknikal dengan menggunakan teknik bacaan yang berkesan;

v. membaca bahan sastera dan ilmu untuk tujuan mendapatkan keseronokan dan menganalisis kekuatan dan kelemahan karya;

vi. menilai maklumat yang diolah dari perspektif yang lebih luas secara berkesan dengan memberikan alasan yang konkrit;

vii. menyampaikan maklumat dengan menggunakan cara dan bentuk yang efektif;

viii. menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat, serta memper lihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas; dan

ix. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara melalui pengalaman pembelajaran di bilik darjah.

.../kpBM

Monday 10 January 2011

PENGENALAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.

Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa khususnya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.

Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik. Penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan, dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera.

Pendidikan Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan menekankan pembelajaran masteri dan penerapan kemahiran bernilai tambah. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan untuk memantapkan ilmu dan pengalaman pembelajaran di bilik darjah.

.../kpBM