PEMANTAUAN PENGGUNAAN MODUL PERHALUS DALAM
P & P
BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
OLEH PIHAK JPNP
1)
TARIKH
2)
MASA
3)
NAMA PEMANTAU
4)
TEMPAT PERJUMPAAN
5)
KEHADIRAN
GURU PERHALUS
YANG
HADIR
TIDAK HADIR
6)
GURU PERHALUS YANG DICERAP
|
:
:
:
:
:
:
:
|
12 JUN 2012 (SELASA)
8.30 – 10.30 PAGI
PUAN NORIZA BT MAHMOOD
BILIK KETUA BIDANG
1. Encik
See Koon Suan (KB Bahasa)
2. Puan
Roshanilawatey Bt. Jusoh (KP BM)
3. Puan
Rohana Bt. Abdul Patah
4. Puan
Zaleha Bt. Othman
5. Tuan
Haji Abdul Razak B. Yahya
6. Cik
Fuziellah Bt. Abu Bakar
Encik Teo Wei
Sing ( Cuti sakit)
TUAN HAJI ABDUL
RAZAK B. YAHYA
– KELAS 5M2 / 5D |
7) DAPATAN
HASIL DARIPADA PERJUMPAAN DENGAN
PEMANTAU :
1.
Pelaksanaan Program PERHALUS secara umum.
2.
Meminta maklum balas daripada guru-guru kelas
PERHALUS
3. Puan Noriza menyampaikan hasrat dan harapan
JPN / Yayasan Pahang terhadap Program PERHALUS ini.
4.
Membincangkan masalah yang dihadapi oleh
guru dalam mengajar murid PERHALUS
·
Binaan modul – ada yang tidak selaras antara
modul latihan murid dengan modul panduan guru. Terdapat bahagian-bahagian tertentu yang
boleh mengelirukan murid.
·
Kehadiran murid terutamanya bagi kelas-kelas
yang lemah agak tidak memuaskan. Murid yang ponteng atau yang terlibat
dengan kes disiplin) tidak dapat mengikuti pengajaran dan penggunaan modul
secara berkesan.
·
Terdapat murid yang kurang menguasai kemahiran
3M (terutama dari kelas 5A1, 5A2 dan 5A3) tidak berminat untuk cuba
menyiapkan latihan. Keadaan ini
berlaku kerana murid sukar memahami
isi / bahan pengajaran.
· Secara keseluruhannya, pelaksanaan program PERHALUS masih belum
dapat dinilai keberkesanannya kerana
sempat dijalankan antara 2 – 3 minggu sahaja sebelum bermulanya
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012.
Murid juga belum dapat mengaplikasikannya dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun baru-baru ini.
5.
Menjelaskan cara-cara guru menghadapi
masalah murid PERHALUS
· Guru menggunakan kreativiti untuk mengubah
suaikan isi pengajaran berdasarkan modul PERHALUS.
·
Tuan Hj Razak (guru PERHALUS) akan mencatat beberapa kelemahan yang
terdapat di dalam modul PERHALUS untuk dimurnikan pada masa akan datang
sesuai dengan keperluan penandaan kertas BM di peringkat SPM.
·
Guru-guru kelas PERHALUS sentiasa berbincang secara
tidak formal untuk berkongsi masalah dan cuba memikirkan kaedah yang berkesan untuk digunakan di
dalam bilik darjah.
.
·
Bagi kelas-kelas yang pencapaian mereka agak
sederhana (TOV antara 30 – 35), murid diminta membuat latihan di rumah dan
dibincangkan oleh guru di dalam bilik darjah.
Dengan cara ini, guru dapat memberI latihan tambahan kepada mereka
berbanding dengan kelompok murid PERHALUS yang agak lemah. Kelompok murid ini mempunyai potensi untuk
mendapat keputusan pada tahap kepujian.
·
Guru menggunakan pendekatan memujuk untuk
menarik minat murid yang lemah (5A1, 5A2, 5A3) untuk melengkapkan modul
latihan PERHALUS. Dalam masa yang
sama, guru akan lebih bertegas terhadap ragam murid yang cenderung menimbulkan
gangguan dalam kelas.
·
Pemantauan modul latihan dibuat oleh pihak
pentadbir dari semasa ke semasa.
Pemantauan kali pertama telah dibuat oleh GPK1 pada 9 MEI 2012.
- Pihak pentadbir (GPK HEM) diminta untuk membuat perjumpaan dengan ibu bapa/ penjaga murid yang terlibat untuk berbincang tentang masalah kehadiran anak-anak mereka ke sekolah. Ibu bapa / penjaga juga perlu dimaklumkan tentang kepentingan program PERHALUS demi masa depan anak-anak mereka. |
8)
HAL-HAL
LAIN
·
Modul BM
SPM
-
Hasil perbincangan dan maklum balas daripada
guru tentang penggunaan modul latihan terancang PERHALUS, Tn Hj. Razak Yahya secara
sukarela telah memberi persetujuan untuk menyumbangkan ideanya bagi
menghasilkan modul BM bagi murid-murid SMKTP.
Beliau akan menggunakan segala
kepakaran dan pengalamannya dalam pemeriksaan kertas BM di peringkat SPM
untuk membina modul
yang sesuai dengan murid di SMK Tanah Putih.
-
Hasrat tersebut disokong penuh oleh Puan Noriza
dan berharap agar modul yang bakal dihasilkan itu dapat dikongsi dengan
sekolah-sekolah lain di PPD Kuantan pada masa akan datang.
Disediakan oleh :
Ketua Panitia BM, SMKTP
Disediakan oleh :
Ketua Panitia BM, SMKTP
No comments:
Post a Comment