Pada masa ini,masih kedapatan sesetengah pengguna bahasa Melayu yang tidak dapat membezakan antara kata hamonim dengan homograf. Sebenarnya,kedua-dua kata tersebut mempunyai pertalian yang erat dalam ranah semantik bahasa Melayu. Hamonim merujuk kepada kata yang sama bunyi tetapi berlainan makna. Manakala Homograf merujuk kepada kata yang sama ejaan tetapi berbeza sebutannya.
Contohnya: Perkataan kaki, buku, ramai
Contohnya: Perkataan kaki, buku, ramai
Ayat: a) Keluasan kebun durian yang dibeli olh Ustaz Abdul Aziz ialah 300 kaki persegi.
b) Doktor terpaksa memotong kaki kiri Encik Sukiman yang menderita penyakit kencing manis sejak dua tahun yang lalu.
Contohnya: Perkataan sama, perang, rendang
Ayat: a) Wanita yang berambut perang itu ialah Pegawai Perancang Bahasa di PPD Gombak.
b) Perang mulut antara Farid dengan Joshua telah diselesaikan oleh Cikgu Mat Lazim.
Tuntasnya, pengguna bahasa Melayu perlu mengenal kata hamonim dan homograf secara tekal agar penguasaan nahu bahasa Melayu mereka tidak menjadi cacamarba. Pengguna bahasa Melayu seyogianya tahu untuk membunyikan perkataan sama ada e-pepet atau e-taling.
wbn/2011
terima kasih, Kak Wan...
ReplyDelete