Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Saturday, 15 June 2013

Yang dikejar tak dapat....

MAKSUD :

Keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan yang di dalam tangan habis hilang

SITUASI :

Kita selalu digalakkan mengejar impian. Impian merupakan motivasi yang dapat merangsang kita menetapkan arah tuju dan matlamat kita. Matlamat yang kita tetapkan tentu akan berjaya sekiranya disertakan dengan langkah-langkah yang konkrit, wajar, dan rapi. Kalau langkah kita terpeleset atau terpesong, kita segera membetulkan arahnya agar berada di landasan yang betul.

Namun, terdapat juga orang-orang yang mengejar impiannya, mengorbankan sesuatu yang dimilikinya. Mereka tidak mempedulikan sesuatu yang dimilikinya itu berharga, bermanfaat kepada diri, dan lingkungannya, bernilai murni, dan mulia. Yang diberatkan ialah pencapaian.

Sungguh menguntungkan jika rusa dijumpai tiada dikejar, yakni mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. Ada orang mengatakan dapat durian runtuh atau dapat tebu rebah. Tetapi malang sekali jika kita meninggalkan pelanduk lalu mengejar rusa yang belum tentu dapatnya yakni mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. Atau harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, harapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan, harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan.

PANTUN :

Yang wajar hilang kudrat,
Yang usang bertambah lewah;
Yang dikejar tidak dapat,

Yang dijulang jatuh ke bawah.


sumber : CIKGU MOHAMED NAIM DAIPI


...kpBM/

Wednesday, 10 April 2013

Pertandingan Deklamasi Puisi PPD Kuantan

Tarikh : 10 APRIL 2013 (Rabu)

Tempat : SMK St. Thomas


Wakil sekolah :

Deklamasi Sajak : Wong Jia Yu (3K12)

Syair : Khairulnisak (3K11)

Guru Pembimbing :  Encik Teo Wei Sing - Sajak
                               Puan Noraisah Ab. Rani (Syair)


Keputusan :  SMK Tanah Putih memenangi tempat pertama (JOHAN) pertandingan membaca syair Piala Diraja PPD Kuantan

peserta bersama guru pembimbing....
Wong Jia Yu dan Khairunisak....


.../kpBM


Monday, 18 February 2013

kata "Kemenjadian"

Sumber :  Cikgu Ghalib

 Siri 171 - Kemenjadian-Perkataan Baharu?

Soalan:
Baru-baru ini, saya menemui penggunaan kata kemenjadian oleh agensi kerajaan. Setelah melakukan rujukan, saya dapati bahawa kata tersebut tidak tersenarai dalam Kamus Dewan, edisi keempat. Oleh hal demikian, bolehkah kata itu digunakan? Apa maksud yang didukungnya?

Fatin Nabilah Nazri
Petaling Jaya

Jawaban:
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sentiasa berkembang. Oleh itu, bahasa Melayu dikatakan sebagai bahasa yang hidup. Perkembangan bahasa Melayu yang begitu hebat ini dapat dilihat daripada kemunculan pelbagai kata dan istilah. Oleh sebab kamus dikemaskinikan pada setiap 10 tahun sekali, maka banyak perkataan yang wujud tidak dapat dimasukkan sebagai entri. Jika perkataan itu menepati makna dan rumus morfologinya, mengapakah perkataan itu tidak boleh digunakan?

Satu daripada perkataan yang digunakan secara leluasa oleh pengguna tetapi masih belum dimasukkan sebagai entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KDEE) ialah kemenjadian. Maksud yang didukung oleh perkataan ini ialah “perihal menjadi”. Lihat ayat contoh yang berikut:

(i) Pendidikan sangat penting untuk menentukan kemenjadian murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Lihat pembentukan perkataan tersebut dan juga perkataan lain seperti yang di bawah ini:

meracau ----> kemeracauan (perihal meracau)
melarat -----> kemelaratan (perihal melarat)
meleset ----> kemelesetan (perihal meleset)
meradang --> kemeradangan (perihal meradang)
menjadi --> kemenjadian (perihal menjadi)

Kesimpulannya, perkataan `kemenjadian’ menepati rumus morfologi bahasa Melayu yang membawa maksud `perihal sesuatu’. Dalam penerbitan kamus yang akan datang, perkataan ini akan dimasukkan sebagai salah satu entri.

(Sumber: Ruangan Soal Jawab Majalah Pelita Bahasa, Januari 2009)

Monday, 11 February 2013

"Memberi..." dan "Memberikan..."


Pertanyaan:

Salam Prof. Apakah perbezaan antara "memberi" dengan "memberikan". Yang saya tahu, kedua-duanya merupakan kata kerja transitif yang perlu disambut oleh objek. Bagaimana mahu ditunjukkan perbezaan selanjutnya? Terima kasih.

Penjelasan:

Kata kerja transitif 'memberi' diikuti oleh objek penerima seperti "Ayah memberi anaknya wang" ("anaknya" sebagai objek penerima), sementara kata kerja transitif 'memberikan' diikuti oleh objek bergerak atau objek yang diterima, seperti "Ayah memberikan wang kepada anaknya" ("wang" sebagai objek bergerak atau objek yang diterima).

Banyak kesilapan yang dapat ditemukan dalam tulisan, seperti "Dia memberikan saya maklumat itu" (seharusnya "Dia memberi saya maklumat itu" atau "Dia memberikan maklumat itu kepada saya"). Apabila dikatakan "Saya diberikan", timbul persoalan "kepada siapakah saya diberikan"?

Dalam bentuk pasifnya, sering ditemukan kesilapan seperti "Saya diberikan peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" (seharusnya "Saya diberi peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" dengan makna 'saya diberi peluang'). Apabila dikatakan "Saya diberikan", timbul pertanyaan "kepada siapakah saya diberikan"?


~Kembara Bahasa~
18 Januari 2012/24 Safar 1433


../kpBM

Saturday, 2 February 2013

sekitar LADAP 1/2013....

Alhamdulillah, sesi perkongsian ilmu antara ahli Panitia BM telah berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dijadualkan.












...kpBM/

Monday, 28 January 2013

MBM : Kursus Dalaman Panitia BM (LADAP 1/2013)

  Perhatian kepada semua ahli panitia BM, SMKTP

 

Tarikh : 2 FEBRUARI 2013 (Sabtu)
Masa :  8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer SMKTP

Jurulatih Utama :  
1) Tuan Haji Abdul Razak Yahya
2) Puan Rohana bt. Abdul Patah
3) Puan Zaimuni bt. Hamzah
4) Puan Adhipah bt. Kandar
5) Puan Maziyana bt. Ismail



.../kpBM

Tuesday, 8 January 2013

PAPAN BULETIN PANITIA BM 2013





JADUAL PENYEDIAAN PAPAN BULETIN PANITIA BM

PENYELARAS
BULAN
M1
M2
M3
M4
M5


Januari

-

5S1


5S2


5S3


5S4

Guru mata pelajaran BM  kelas yang

Februari

5M1


-

5M2


5J

 -

Perlu membantu dan membimbing

Mac

5G


5D
  

 3K12


 -

CUTI
Murid untuk menyediakan

April

3K11


3K10


3K9


3K8


3K7

bahan yang sesuai

Mei

3K6


3K5

 -

CUTI

-


Jun

CUTI

4S1


4S2


4S3


-
Bahan-bahan perlu disediakan  DUA

Julai

4S4


4M1


4M2


4J


4G

minggu lebih awal daripada tarikh yang

Ogos

-

 CUTI

 4D1


4D2

-
 dijadualkan.

September

2K13


2K12


2K11


2K10
  



Oktober


2K9


2K8

-
-
-