Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Saturday, 7 January 2012

Taman Peribahasa dan Laluan BM

Taman Peribahasa sudah lama ada di SMKTP.   Lokasinya adalah di kawasan terbuka antara bilik GPK Kokurikulum dengan Bilik GPK HEM dan Bilik Disiplin.  Lokasi ini merupakan laluan utama ke Bilik Guru dan ke kantin dari Pejabat Pentadbiran Sekolah.  Taman ini berkongsi kawasan dengan Taman Moral.  

Pada setiap tahun ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu akan menceriakan Taman Peribahasa ini.  Pada tahun ini banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menjadikan Taman Peribahasa ini lebih 'berwarna-warni' dan 'hidup'. 

Laluan Bahasa Melayu pula baru  ditetapkan beberapa minggu sebelum cuti akhir tahun sesi persekolahan  2011.  Lokasinya adalah di antara laluan dari Dewan Serbaguna SMKTP ke dewan terbuka di bangunan blok baru yang menempatkan murid-murid Ting. 5 Sains dan Ting. 4 Sains.  

Sudah terdapat beberapa cadangan yang akan dilaksanakan untuk memenuhi Laluan BM itu.  Antaranya ialah 'Jejak Bahasa', lukisan 'mural' dalam bentuk baner bermotifkan corak songket atau batik yang dilengkapkan dengan pantun, dan cogan kata / peribahasa yang sesuai.  

Di sepanjang laluan bersebelahan dengan Taman Mini Sejarah pula, ada cadangan untuk diletakkan pasu pokok bunga raya.  Kebetulannya, sudah ada pokok bunga raya yang ditanam di atas tanah di Taman Mini Sejarah.   Cadangan-cadangan lain bagi memenuhi ruang terbuka di bahagian kiri dan kanan laluan ini, (yang hanya terdapat tiang ) akan dibincangkan kemudian.   Segala cadangan dan pandangan daripada semua ahli Panitia BM amatlah dialu-alukan....

Semoga segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini.  Kerjasama daripada semua guru BM dan murid, khususnya 'yang menghuni' bilik darjah di bangunan blok baru amatlah diharapkan bagi merealisasikan Laluan BM ini.


 .../kpBM


 

No comments:

Post a Comment