Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Thursday 26 January 2012

Profesor Wu dari China Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa


Profesor Wu Zongyu

Bahasa Melayu mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri sebagai bahasa Kebangsaan dan antarabangsa jika ia dimartabatkan sebaik mungkin, kata Profesor Wu Zongyu yang dinobat sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa.

Pengarah Pusat Pengajian Melayu Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing (BFSU), Profesor Wu Zongyu dinobatkan sebagai sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa selepas memperlihatkan kesungguhannya memartabatkan bahasa Melayu di China sejak 50 tahun dulu. 
 
Zongyu menerima Watikah Penghargaan Negara daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat Kebangsaan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada Oktober lepas.

Beliau menerima RM50,000, buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Watikah Penghargaan Negara.

Penganugerahan tersebut adalah sebagai menghargai dan mengiktiraf tokoh bahasa dan pengajian Melayu dari luar rumpun dunia Melayu yang berjaya meningkatkan martabat bahasa dan persuratan Melayu di peringkat antarabangsa melalui kerjasama pakar dan aktiviti sedunia dalam bidang penyelidikan, penerbitan, promosi dan pelbagai kegiatan kebangsaan.


Tokoh bahasa berusia 72 tahun itu yang diberi gelaran Laksamana Cheng Ho kedua kerana peranannya dalam mengeratkan jalinan dua tamadun besar iaitu China dan Melayu mula menubuhkan Jurusan Bahasa Melayu di BFSU pada 1962.

Menurut Zongyu, pada peringkat awal, beliau memperkenalkan bahasa Melayu versi Tanah Melayu di China sebelum berkembang dengan penubuhan Kursi Pengajian Melayu yang membawa kepada peningkatan program ilmiah termasuk program pasca siswazah di tujuh buah universiti di negara itu.

Katanya, beliau tidak pernah menyangka akan diberi penghargaan sedemikian dan akan menjadikan pengiktirafan itu sebagai dorongan kepadanya untuk terus memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.


"Saya belajar bahasa Melayu dan mendekati jiwa bangsa Melayu kerana minat dengan keunikan budaya dan tamadun itu sendiri.  Ini akan menjadi usaha berterusan saya selagi termampu dalam usaha untuk memartabatkan bahasa negara kerana saya percaya bahasa ini mampu mengubah sesuatu bangsa dan negara itu"
"Jika bahasa Melayu boleh merapatkan dua negara seperti Indonesia dan Malaysia, ia juga berupaya menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah tersebut.

Beliau yang merupakan Pengarah Pusat Pengajian Melayu Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) berkata, rakyat negara ini perlu mengagungkan budaya dan memartabatkan bahasa Melayu seiring dengan perkembangan ekonomi kerana pengaruh bahasa itu semakin terserlah dari sehari ke sehari. 

Mengenai perjuangan beliau memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, tokoh bahasa yang berusia 72 tahun itu berkata beliau amat gembira dan terharu apabila usahanya itu diterima baik dan diperakui di peringkat antarabangsa.
Beliau yang dilahirkan di Shanghai, telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan pada majlis konvokesyen ke-50 Universiti Malaya pada 3 Oktober lalu.


sumber : Berita Harian Online


.../kpBM


No comments:

Post a Comment