Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Friday 3 August 2012

UJIAN & PEPERIKSAAN

Ujian Saringan (2) PERHALUS dan Ujian Pra Percubaan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu  yang melibatkan semua kelas tingkatan 5.

 Semua guru sesi pagi dan murid Tingkatan 5 diminta merujuk jadual di bawah :



TARIKH
MASA
SASARAN
:
:
:
8 OGOS (RABU)
8.05 pagi  -  1.15 th
SEMUA MURID TINGKATAN 5


JADUAL UJIAN / PEPERIKSAAN
KERTAS SOALAN
MASA
TEMPOH
BM Kertas  1
8.10 – 10.25
2 jam 15 minit
REHAT
10.25 – 10.45
20 minit
BM Kertas 2
10.45 – 1.15
2 jam 30 minit

(Kelas yang terlibat dengan murid sesi petang, ujian tamat pada pukul 1.05)


Kerjasama tuan/ puan menepati masa sepanjang ujian dijalankan amatlah dihargai.   Terima kasih.


.../kpBM

Monday 30 July 2012

PERJUMPAAN PANITIA BM

Kepada semua ahli Panitia Bahasa Melayu, SMKTP

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa satu perjumpaan dengan semua ahli Panitia BM akan diadakan sebagaimana ketetapan yang berikut :


TARIKH :  1 OGOS 2012 (RABU)

TEMPAT :  MAKMAL KOMPUTER

Sesi pagi :  7.30 - 8.05 pagi

               Sesi petang :  12.30 - 1.05 tengah hari



Kehadiran adalah diwajibkan.  Harap maklum, terima kasih.

.../ kpBM




Friday 20 July 2012

JADUAL UJIAN SARINGAN PERHALUS SPM 2012


 Untuk perhatian semua guru BM Ting. 5 dan murid yang terlibat....


JADUAL  SARINGAN
PROGRAM PERHALUS SPM 2012


BIL
SARINGAN
TARIKH DIJALANKAN SARINGAN

1
SARINGAN 1
18-19 JUN 2012

2
SARINGAN 2
8-9 OGOS 2012


  * TERTAKLUK KEPADA PINDAAN.

SKOP/JSU SARINGAN 1 DAN 2

BIL
SARINGAN 1
SARINGAN 2
1
BAB 1 : MODUL KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN
(LATIHAN 1 – 5) – M/S 8 – 22

BAB 1 : MODUL KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN
(LATIHAN 6-10) – M/S 23 – 36

2
BAB 2  : MODUL KARANGAN UMUM
              (BAHAGIAN B)
(LATIHAN 1 -5 ) – M/S 46-55

BAB 2  : MODUL KARANGAN UMUM
              (BAHAGIAN B)
(LATIHAN 466 -10 ) – M/S 56-65

3
BAB 3: MODUL RUMUSAN
(LATIHAN 1 – 6) – M/S 73-96

BAB 3: MODUL RUMUSAN
(LATIHAN 7-12 ) – M/S 97-120

4
BAB 4: MODUL PEMAHAMAN KOMSAS
(LATIHAN 1 -11) – M/S 129 -140
BAB 4: MODUL PEMAHAMAN KOMSAS
(LATIHAN 12 - 22) – M/S 141-163
5
BAB 5: TATABAHASA
(MODUL 1-10) – M/S 165 – 205

BAB 5: TATABAHASA
(MODUL 11 - 20) – M/S 206– 225
6
BAB 6 : NOVEL
(LATIHAN 1 – 14) – M/S 227 - 240

BAB 6 : NOVEL
(LATIHAN 15-27) – M/S 241 - 250

Tuesday 17 July 2012

LAPORAN KEM PERHALUS (2)


HARI KEDUA : 17 JULAI 2012 (SELASA)


Pada hari kedua, Kem PERHALUS dimulakan dengan pendaftaran murid seawall pukul 7.45 pagi.  

Ini diikuti dengan ceramah teknik menjawab soalan Karangan (B) yang disampaikan oleh ENCIK TEO WEI SING bermula pada pukul 8.00 pagi.  Slot ini juga dilengkapkan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan pembentangan kumpulan.  Para peserta menggunakan Modul Latihan Terancang PERHALUS  sebagai panduan dan bahan latihan.



Slot ini berakhir pada pukul 10.00 pagi.  Para peserta berhenti rehat untuk sarapan selama 30 minit.

Selepas rehat, slot yang berikutnya ialah ceramah teknik menjawab soalan KOMSAS, fokus kepada novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.   Slot ini dikendalikan oleh CIK FUZIELLAH ABU BAKAR dan PUAN NORAISAH BT. ABDUL RANI.



Dalam slot LDK, murid telah menunjukkan minat dan memberi sepenuh perhatian.  Hampir semuanya tekun menjawab soalan untuk merebut hadiah insentif yang diberi kepada peserta yang menjawab dengan tepat soalan spontan yang diberi oleh JU berkaitan dengan tajuk.



Perbincangan antara JU sebelum sesi Latihan Dalam Kumpulan bermula....

Sesi LDK dan pembentangan kumpulan....





Usai pembentangan kumpulan untuk slot yang terakhir pada hari kedua ini, para peserta diminta membuat penilaian dengan mengisi borang yang telah disediakan.....  



Sebelum berakhirnya Kem PERHALUS, diadakan majlis penyampaian hadiah.  Hadiah diberi kepada 6 kumpulan terbaik (beg berwarna hijau) dan juga hadiah saguhati kepada 12 kumpulan yang lain (beg berwarna merah.


Hadiah ini disediakan sebagai insentif dan penghargaan kepada para peserta yang telah menunjukkan kerjasama dan minat yang tinggi sepanjang dua hari kem diadakan.   




Selepas penyampaian hadiah, Ketua Panitia menyampaikan kata-kata akhir berupa harapan daripada semua pihak, Yayasan Pahang, JPNP, PPD dan juga warga SMKTP terhadap para peserta agar mereka dapat berusaha untuk mencapai matlamat, iaitu lulus BM seterus berjaya mendapat sijil SPM nanti.



Kem PERHALUS 2012 yang bertempat di SMK Tanah Putih diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai antara Jurulatih Utama dengan semua peserta.   



 .../kpBM

Monday 16 July 2012

LAPORAN KEM PERHALUS (1)

PERSIAPAN

Pemasangan baner dan penyediaan tempat telah dilakukan pada hari Sabtu 14 JULAI 2012.

kerusi meja disusun untuk 150 orang peserta


Mr. See dan Cikgu Awang menyediakan 'banner'....

Encik Loh Sai Heng 'merasmikan' Kem PERHALUS ... beliau tidak dapat bersama pada 16 JULAI kerana terlibat dengan tugas rasmi di luar daerah.
Kem PERHALUS yang diadakan selama dua hari ini melibatkan 150 orang murid dan 10 orang guru sebagai Jurulatih Utama....

HARI PERTAMA
-           16 JULAI 2012



sesi pendaftaran para peserta Kem PERHALUS....



para peserta dibekalkan sebuah fail
Pada hari pertama tepat pada pukul 8.00 pagi pendaftaran peserta Kem Perhalus diadakan di Dewan Blok Baru SMKTP.  Para peserta diminta menandatangani borang kehadiran yang telah disediakan.  Murid yang tidak hadir digantikan dengan murid lain yang juga berada dalam kategori potensi lulus.   Para peserta diagihkan kepada 14 kumpulan yang telah ditetapkan.  

Selesai sahaja pendaftaran, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Ketua Panitia berkaitan dengan perjalanan kem selama dua hari ini.
Ini diikuti oleh ucapan daripada ENCIK CHAN SENG FOOK (GPK Pentadbiran) sebagai mewakili Pengetua SMKTP yang bertugas di luar daerah untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan Kem PERHALUS SMKTP 2012.



Slot pertama pada hari pertama dimulakan dengan ceramah motivasi dan ‘ice breaking’ yang disampaikan oleh ENCIK ENG JENG HONG, Kaunselor SMKTP.   Tujuannya adalah untuk member kesedaran dan motivasi kepada para peserta agar dapat memberi komitmen terhadap pengisian kem selama dua hari ini.


Slot pertama ini berakhir pada 10.00 pagi dan para peserta berhenti rehat selama 30 minit untuk sarapan.

 menjamu selera....

Selepas rehat, bermula slot kedua pada pukul 10.30 pagi.  Slot kedua ini diisi dengan ceramah menjawab soalan rumusan dan pemahaman KOMSAS yang disampaikan oleh TUAN HAJI ABDUL RAZAK B. YAHYA.  
Tn. Hj Abdul Razak... teknik menjawab soalan BM SPM Kertas (2)

Slot yang dimulakan dengan ceramah ini diikuti dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan pembentangan kumpulan.   Para peserta menggunakan Modul Latihan Terancang PERHALUS sebagai pandual untuk menyiapkan tugasan. 

para peserta dibimbing oleh JU

sesi LDK .... tekun menyiapkan tugasan
pembentangan kumpulan hasil LDK....

 Hari pertama berakhir pada pukul 1.05 selepas makan tengah hari....bersambung esok pula....
 

...kpBM/