Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Thursday, 12 January 2012

MERENANG GELORA : Sinopsis (1)


 Kepada semua guru BM dan  murid Ting 3 SMKTP,


SINOPSIS BAB


Bab 1 – Tugas Baharu

Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada Badri, manakala  Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknya untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira.


Bab 2 – Api Yang Mula Membara

Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka berbeza dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah disimbah air semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin. Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat dengan Shahrul yang menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.


Bab 3 – Main Api

Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah air berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut. Kumar ditangkap dan dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan Selva , rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual kad prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah memberitahu Jamil agar Badri tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kepada Mak Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Badri dimalukan dengan dijatuhkan apabila dirempuh dengan kuat oleh Bob dan disindir oleh Kumar serta ditertawakan oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat nota untuk datang ke pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan bertemu dengan Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.

Bab 4 – Duri Dalam Daging

Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau bercerita dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana telah ditangkap oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih berdendam dengan Badri.


Bab 5 -  Pertemuan

Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam kegiatan menjual  kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku kehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula melakukan  sesuatu untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.


Bab 6 – Kemuncak Dunia

Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat untuk keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.

Bab 7 – Secantik Sinar

Jamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian  tersebut. Nadira berjumpa dengan badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan dengan Shahrul membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul. Badri dicabar oleh Shahrul.    

bersambung...


Sumber :  Bahagian Perkembangan Kurikulum, KPM


..../kpBM

No comments:

Post a Comment