Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Monday 9 January 2012

Seuntai Kata Seindah Bahasa 2012


MINGGU KEDUA (9 – 13.1.12)
TARIKH
:
 9.1.12

PERKATAAN
:
 AMANAH

MAKNA
:
 Sesuatu yang boleh dipercayakan kepada orang

AYAT
:
 Bungkusan-bungkusan ini ialah amanah orang.

PERIBAHASA
:
 Air dicincang tidak akan putus

MAKSUD
:
 Dua orang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.

AYAT
:
 Puan Nora tidak menghiraukan perkelahian antara anak-anaknya itu.  Dia menyedari bahawa air yang dicincang tidak akan putus.


TARIKH
:
 10.1.12

PERKATAAN
:
 ARAL

MAKNA
:
 Cegah, rintangan, halangan

AYAT
:
 Kalau tidak ada aral, saya akan datang esok.

PERIBAHASA
:
 Telor sesangkak, pecah satu pecah semua (kerjasama /permuafakatan)

MAKSUD
:
 Bersatu hati dalam semua hal, rela sama-sama binasa

AYAT
:
 Penduduk di daerah Jeram, Pasir Puteh sanggup bergadai nyawa untuk bersama-sama Tok Janggut menentang serangan Inggeris.  Mereka ibarat telur sesangkak, pecah satu, pecah semua.


TARIKH
:
 11.1.12

PERKATAAN
:
 ANTI

MAKNA
:
 Bantah, melawan, memusuhi

AYAT
:
Suatu perarakan antirasuah dilancarkan oleh rakyat. 

PERIBAHASA
:
 Belakang parang kalau diasah lagikan tajam (daya usaha)

MAKSUD
:
 Orang yang lemah atau bodoh kalau  berusaha bersungguh sungguh, akan berjaya juga akhirnya.

AYAT
:
Cikgu Murad tidak jemu-jemu mengajar anak-anak muridnya yang buta huruf itu sehingga mereka pandai seperti murid lain kerana dia sedar bahawa belakang parang kalau diasah lagikan tajam.


TARIKH
:
 12.1.12

PERKATAAN
:
 AZAM

MAKNA
:
 Cita-cita, tekad, tujuan

AYAT
:
 Dia menunjukkan azamnya untuk melanjutkan pelajaran ke university.

PERIBAHASA
:
 Muafakat membawa berkat

MAKSUD
:
 Sikap bekerjasama membawa kebaikan kepada semua

AYAT
:



TARIKH
:
13.1.12

PERKATAAN
:
 ANTIK

MAKNA
:
Kuno, usang

AYAT
:
 Terdapat sebuah kedai barang antic di Ampang Park.

PERIBAHASA
:
 Bagai beliung dengan asahan
(beliung – kapak untuk pertukangan; asahan – batu untuk megasah beliung)

MAKSUD
:
Sangat akrab dan saling memerlukan

AYAT
:
 Persahabatan Anita dengan Salmi sejak kecil lagi bagai beliung dengan asahan kerana mereka saling membantu dalam apa-apa juga keadaan.

No comments:

Post a Comment