Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Friday 6 January 2012

Seuntai Kata Seindah Bahasa 2012


MINGGU PERTAMA (4 – 6.1.12)
TARIKH
:
4.1.12

PERKATAAN
:
AIB

MAKNA
:
Rasa hina atau malu akibat perbuatan keji

AYAT
:
Kelakuannya telah membawa aib kepada nama baik keluarganya.

PERIBAHASA
:
Sesat di Hujung Jalan, Balik ke Pangkal Jalan

MAKSUD
:
Jika kita terlanjur dalam sesuatu perbuatan, eloklah menginsafinya segera.

AYAT
:
Saya berharap agar kamu segera insaf dan bertaubat.  Berusahalah untuk mengubah diri sendiri.  Kalau ‘sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan”, kata Pak Jiman kepada pemuda itu.


TARIKH
:
 5.1.12

PERKATAAN
:
 ADAB

MAKNA
:
 Tingkah laku serta tutur kata yang halus, budi bahasa

AYAT
:
 Dia seorang yang tinggi adabnya

PERIBAHASA
:
 Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

MAKSUD
:
 Merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong

AYAT
:
 Apabila berada di tempat orang, baiklah kita membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang.


TARIKH
:
 6.1.12

PERKATAAN
:
 AJAL

MAKNA
:
 Batas hidup yang akan ditentukan oleh Tuhan, saat atau ketika mati

AYAT
:
 Dia sudah menemui ajalnya.

PERIBAHASA
:
 Ikut hati mati, ikut rasa binasa

MAKSUD
:
 Orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah

AYAT
:
 Para pemandu dinasihati supaya jangan mengikut perasaan semasa memandu di jalan raya kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa.

No comments:

Post a Comment