Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Friday, 13 January 2012

MERENANG GELORA : Sinopsis (2)


Sambungan....

Bab 8 – Mengharung Badai

Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya. Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang pergaduhannya dengan Shahrul kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari tergesa-gesa kerana malu.    


Bab 9 – Rahsia Hampir Terbongkar

Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.


Bab 10 – Semarak Api

Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan  Badri. Tujuannya adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang Amir akan dihapuskan.  Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus.


Bab 11 – Tertangkap

Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan system CCTV. Dia berpura-pura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan semula rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik dia disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dan berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal di  asrama sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik memerhatikan Meng Kong. 

Bab 12 – Suasana Baharu

Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok, tetapi atas keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri. Dia berasa lega kerana tiada orang bertanya sebab dia tinggal di asrama. Meng Kong mula belajar  dan membuat  kerja sekolahnya mengikut masa dan jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut dihantar untuk tinggal dengan datuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.


Bab 13 – Jiwa Remaja

Badri bersiap-siap dengan kemas untuk keluar berjumpa dengan Nadira. Badri diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya mempunyai  dua orang buah hati  kepada emaknya. Nadira menelefon Badri dan bertanya tentang kelewatannya.  Badri akhirnya datang untuk melihat pementasan teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan Badri dengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa pementasan itu dan  disedari oleh Badri. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklumkan oleh Badrul  bahawa Jamil datang mencarinya. Badri menelefon Jamil dan berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu keesokan harinya namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun  dia telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badri menemui Kumar  yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong  atas arahan Shahrul supaya  Meng Kong dibuang asrama. Kumar mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh Sahrul. 


Bab 14 – Di Persimpangan

Kumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh Shahrul yang memyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul. Shahrul tetap bertegas untuk memastikan Kumar masih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila  Jamil dan Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.

...bersambung

sumber :  Bahagian Perkembangan Kurikulum,  KPM

..../kpBM



No comments:

Post a Comment