Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Sunday 8 January 2012

PERIBAHASA : Pagar atau Pegar; Batuk atau Batok...?

 

Marilah sama-sama kita betulkan....
Dua peribahasa MELAYU yang mempunyai maksud yang TIDAK JELAS.

1. Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi.
2. Melepaskan BATUK di tangga.


Setelah menerima penjelasan, peribahasa yang tepat ialah

1. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi.
2. Melepaskan BATOK di tangga.


 BURUNG PEGAR
PEGAR ialah sejenis BURUNG yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka daripada ancaman haiwan-haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya.


Maksud peribahasa ini ialah burung PEGAR yang diharapkan untuk menjaga sawah padi, tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.


 BATOK / GAYUNG
BATOK pula ialah GAYUNG, sejenis perkakas yang  diperbuat daripada tempurung kelapa.  Pada masa dahulu, adat orang Melayu sebelum naik ke atas rumah, kita akan membasuh kaki terlebih dahulu di tempayan.  Tempayan ini pula terletak di tepi tangga.  Batok atau gayung ini digunakan untuk mencedok air dari tempayan.  Selepas digunakan, batok ini sepatutnya diletakkan semula / digantung di tempat yang sepatutnya; bukannya ditinggalkan begitu sahaja di atas tangga.

Maksud peribahasa ini ialah sikap membuat kerja sambil lewa, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab.


Punca kesalahan, iaitu peribahasa di atas  TEPAT  dan TIDAK TEPAT itu, sama atau serupa sekiranya ditulis dalam TULISAN JAWI. Mungkin kekeliruan dan kesalahan ini timbul semasa orang Melayu masih aktif munggunakan tulisan jawi.

   هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي

ملڤسکن باتوق د تڠݢ


diubah suai daripada : https://www.facebook.com/burhanuddinalhelmy

Kepada semua pembaca yang singgah di sini, marilah kita membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan jawi ke rumi.  Disebabkan satu huruf, maksudnya berubah terus daripada maksud asal....




.../kpBM

No comments:

Post a Comment