Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Tuesday, 12 April 2011

Perabis atau Penghabisan

Kali ini saya ingin perkatakan tentang maksud "perabis" dan "penghabisan" yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Ramai yang beranggapan bahawa kata "penghabisan stok" itu tepat penggunaannya kerana perkataan ini lazim kita dengar.

Dalam Ujian 2 kertas BM Tingkatan 3 yang baharu berlalu minggu lepas, ada soalan yang dikemukakan berkaitan dengan kosa kata di atas.  Soalan tersebut berbunyi seperti berikut :

SOALAN 4 :
Bersempena dengan karnival beli-belah, banyak gedung perniagaan yang mengadakan jualan ............. stok untuk menarik pelanggan.
A  menghabiskan
B  penghabis
C  penghabis
D  perabis
Daripada analisis yang dibuat untuk kelas 3K13 yang terdiri daripada 40 orang murid semuanya (7 orang murid Cina; dua orang murid Melayu dan seorang murid India), tidak ada seorang pun murid yang berjaya memilih jawapan yang tepat.  Dapatan daripada analisis tersebut ialah :
  • 37 orang murid memilih jawapan (B) iaitu penghabisan stok; 
  • tiga orang murid lagi memilih jawapan (A) iaitu menghabiskan stok
Menurut Kamus Dewan, maksud kata yang dikemukakan itu adalah seperti yang berikut :
Menghabiskan - menggunakan sesuatu sehingga habis;
Penghabisan - kesudahan
Penghabis - orang yang menghabiskan sesuatu
Perabis - menjadikan sesuatu itu habis
Oleh itu, penggunaan kata yang paling tepat untuk soalan di atas ialah perabis stok.


.../kpBM

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tahu indikator pemilihan perkataan perabis. Apakah hukum tatabahasanya. Adakah Per + habis (gugur h)? Atau bagaimana? Kerana DBP menyarankan perkataan penghabisan.

    ReplyDelete