"Perkataan-perkataan Melayu itu apabila dirangkaikan supaya menjadi cakap bermakna wajiblah disusun mengikut kaedah-kaedah yang tertentu khas bagi bahasa Melayu. Dengan demikian barulah nyata perhubungan antara tiap-tiap sepatah perkataan dengan lain-lain perkataan yang berkenaan dengannya dalam rangkaian itu, barulah boleh ia memberi pengertian yang betul dan terang mengikut jalan susunan bahasa Melayu jati." ...Zaaba, Pelita Bahasa, Bab 14 hlm 294
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....
http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66
Showing posts with label peribahasa. Show all posts
Showing posts with label peribahasa. Show all posts
Saturday, 14 September 2013
Monday, 12 August 2013
Lemak manis jangan ditelan....
MAKSUD :
Yang nampaknya balk itu jangan lekas diterima, dan yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara itu diterima atau ditolak)
SITUASI :
Kita sering digalakkan bermuhasabah setiap kali ditimpa kekalahan, kegagalan, dan kemusibahan. Kita diminta mencari sebab-sebab dan mengorak langkah baru agar jangan terpeleset daripada matlamat. Kita jarang diminta bermuhasabah ketika meraih kemenangan, kejayaan,dan ketuahan. Kita perlu mencari langkah-langkah selanjutnya agar kecapan dapat kita nikmati seterusnya.
Jadi, sesuatu yang kita capai itu, baik yang baik dan yang buruk perlu kita selusuri dan kita selidiki agar natijahnya (kesudahan) dapat terus kita hayati dan nikmati. Pengalaman yang manis dan pahit merupakan pengajaran yang besar faedahnya kepada kita. Pengalamanlah yang akan memandu kita. Nasihat dan kecaman jangan ditolak mentah-mentah. Jadikan kayu ukur atau sukat-sukat (petunjuk) setiap kata yang menyasar kepada kita.
PANTUN :
Nasi janganan buat sarapan,
Nasi biasa adap-adapan;
Manis jangan terus ditelan,
Pahit pula jangan diluahkan.
sumber : CIKGU MOHAMED NAIM DAIPI
Yang nampaknya balk itu jangan lekas diterima, dan yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara itu diterima atau ditolak)
SITUASI :
Kita sering digalakkan bermuhasabah setiap kali ditimpa kekalahan, kegagalan, dan kemusibahan. Kita diminta mencari sebab-sebab dan mengorak langkah baru agar jangan terpeleset daripada matlamat. Kita jarang diminta bermuhasabah ketika meraih kemenangan, kejayaan,dan ketuahan. Kita perlu mencari langkah-langkah selanjutnya agar kecapan dapat kita nikmati seterusnya.
Jadi, sesuatu yang kita capai itu, baik yang baik dan yang buruk perlu kita selusuri dan kita selidiki agar natijahnya (kesudahan) dapat terus kita hayati dan nikmati. Pengalaman yang manis dan pahit merupakan pengajaran yang besar faedahnya kepada kita. Pengalamanlah yang akan memandu kita. Nasihat dan kecaman jangan ditolak mentah-mentah. Jadikan kayu ukur atau sukat-sukat (petunjuk) setiap kata yang menyasar kepada kita.
PANTUN :
Nasi janganan buat sarapan,
Nasi biasa adap-adapan;
Manis jangan terus ditelan,
Pahit pula jangan diluahkan.
sumber : CIKGU MOHAMED NAIM DAIPI
...kpBM/
Saturday, 15 June 2013
Yang dikejar tak dapat....
Keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan yang di dalam tangan habis hilang
SITUASI :
Kita selalu digalakkan mengejar impian. Impian merupakan motivasi yang dapat merangsang kita menetapkan arah tuju dan matlamat kita. Matlamat yang kita tetapkan tentu akan berjaya sekiranya disertakan dengan langkah-langkah yang konkrit, wajar, dan rapi. Kalau langkah kita terpeleset atau terpesong, kita segera membetulkan arahnya agar berada di landasan yang betul.
Namun, terdapat juga orang-orang yang mengejar impiannya, mengorbankan sesuatu yang dimilikinya. Mereka tidak mempedulikan sesuatu yang dimilikinya itu berharga, bermanfaat kepada diri, dan lingkungannya, bernilai murni, dan mulia. Yang diberatkan ialah pencapaian.
Sungguh menguntungkan jika rusa dijumpai tiada dikejar, yakni mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. Ada orang mengatakan dapat durian runtuh atau dapat tebu rebah. Tetapi malang sekali jika kita meninggalkan pelanduk lalu mengejar rusa yang belum tentu dapatnya yakni mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. Atau harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, harapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan, harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan.
PANTUN :
Yang wajar hilang kudrat,
Yang usang bertambah lewah;
Yang dikejar tidak dapat,
Yang dijulang jatuh ke bawah.
sumber : CIKGU MOHAMED NAIM DAIPI
...kpBM/
Tuesday, 30 April 2013
Wednesday, 9 May 2012
Peribahasa :
UMPAMA SIRIH; MENJALAR DULU
KEMUDIAN MELILIT, BARULAH MEMANJAT PUNCAK JUNJUNG
![]() |
| sumber foto : Abdul Rahman Mansor Al-Haj |
MAKSUD :
Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya
SITUASI :
Setiap pekerjaan ada aturannya. Sesuatu pekerjaan tidak mungkin berhasil sepenuhnya sekiranya dibuat melulu, apatah lagi membuta tuli, yakni melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Sama seperti orang bergasing, dipegangnya dulu, dililitkan tali dengan ketat, barulah memangkah atau dilepaskannya. Sama seperti orang berlelayang, dianjungnya dulu, dihulur dan ditarik menentang angin. Tidak mungkin lelayang akan melayang sekiranya tidak melawan angin.
Kata orang sekarang, setiap pekerjaan ada prosesnya. Ikutilah aturan dan berpandulah kepada proses yang dapat membantu kita mencapai matlamat. Pilihlah proses yang tepat, selamat, dan jimat. Kalau dipertengahan jalan, kita bersua dengan ketidaktepatan, segeralah berpatah balik dan baiki kedudukan. Kalau salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, dan salah langkah surut kembali, yakni jika salah dalam sesuatu pekerjaan hendaklah segera diperbaiki kesalahan itu.
PANTUN :
Berjerih perih di waktu siang,
Duduk di anjung memakan lempuk;
Bagaikan sirih memanjat tiang,
Sampai di junjung lepaskan pucuk.
Sumber : Cikgu Naim Daipi
.../kpBM
Tuesday, 28 February 2012
Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
MAKSUD :
1) seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai
2) orang yang sabar dan setia, jika dihasut boleh juga menjadi jahat
SITUASI :
Setitis air boleh melekukkan batu sekiranya berterusan. Pantai akan berubah sekiranya ombak terus-terusan memukul. Hujung kayu tidak akan lancip sekiranya tidak diruncingkan. Belakang parang yang tebal dan majal boleh menjadi tipis dan tajam sekiranya terus diasah.
Begitulah juga, seseorang yang kurang pintar akan berubah menjadi cerdik sekiranya terus dididik dengan sempurna dan sabar. Seseorang anak yang kurang ilmu pengetahuan akan bertambah bijak sekiranya dididik dengan unsur tarbiyah yang memikatnya dan menikmatkannya. Pokoknya, kita jangan cepat bosan mengerjakan sesuatu sebelum mencapai kejayaannya.
Hal yang serupa juga boleh berlaku daripada yang murni, tulen dan positif kepada yang cemar, palsu dan negatif. Seseorang yang baik budi pekertinya akan berubah menjadi celupar, dan ganas sekiranya disuguh dengan hal-hal yang tidak baik.
PANTUN :
Anjing garang jangan direjam,
Dapat gilir mengejar kita;
Belakang parang akan tajam,
Diasah dikilir dengan serata.
Sumber : Cikgu Naim Daipi
...kpBM
Monday, 13 February 2012
Saturday, 4 February 2012
Berani kerana benar takut kerana salah

Bertindak kerana berada di pihak yang benar atau untuk menegakkan kebenaran.
SITUASI :
Kekadang sukar untuk menegakkan kebenaran. Orang memerlukan bukti yang lurus dan saksi yang tulus, bukti yang dapat dipercayai khalayak dan saksi yang benar-benar layak. Kekadang untuk menegakkan kebenaran, timbul pelbagai pertelingkahan yang membawa perpecahan.
Manusia mempunyai persepsi dan harapan yang berbeza-beza, apatah lagi impian. Bagi mengejar impian, kadang kala, orang tindas-menindas, dan pijak-memijak. Malah, orang menolak kata yang benar, dan rahmat pula dilarikan, yang takrifnya tidak mahu mengakui kebenaran dan menolak nikmat kebersamaan.
Kita harus terus menyatakan kebenaran. Orang mungkin akan hilang kepercayaan jika kita sekali berbuat dusta. Melanting hendaklah menuju tampuk (tempat tertinggi), dan berkata hendak menuju benar yang bermaksud setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran.
Kita hendaklah bertindak dan bergerak di tempat yang benar. Kita hendaklah mempertahankan kebenaran walaupun pahit. Kita harus terus bersuara untuk memberi keyakinan dan kita terpaksa berlengan sekiranya kehormatan kita digadai. Kata orang-orang tua kita; Berani kerana benar, takut kerana salah, biar putih tulang dan jangan putih mata; Biar terjual nyawa, jangan terjual nama.
PANTUN :
Kalau laku wang di saku,
Beli sama gajus dan janggus;
Benar dilaku salah diaku
Baru kita tulus dan lurus.
Sumber : Cikgu Naim Daipi
Subscribe to:
Posts (Atom)






