Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Showing posts with label sukatan. Show all posts
Showing posts with label sukatan. Show all posts

Wednesday, 12 January 2011

Matlamat dan Objektif

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan.


OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Pada akhir sekolah menengah murid dapat:

i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta Sekolah Menengah Tingkatan Lima.

ii. mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

iii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, danditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;

iv. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;

v. mendengar, membaca, menonton, dan member ikan respons kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera;

vi. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan; dan

vii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.


OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN LIMA 

Pada akhir tingkatan lima murid dapat:

i. Berbicara bersama rakan tentang hal peribadi, keluarga, jiran, isu semasa, perkembangan serantau dan antarabangsa dengan menggunakan bahasa yang santun;

ii. Berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan mengambil kira terma dan syarat jual beli dalam membuat keputusan sama ada menolak atau menerima barangan dan perkhidmatan;

iii. berunding untuk menilai sesuatu keputusan dari segi kesan dan akibatnya untuk mencapai kesepakatan;

iv. membaca bahan teks ilmiah dan teknikal dengan menggunakan teknik bacaan yang berkesan;

v. membaca bahan sastera dan ilmu untuk tujuan mendapatkan keseronokan dan menganalisis kekuatan dan kelemahan karya;

vi. menilai maklumat yang diolah dari perspektif yang lebih luas secara berkesan dengan memberikan alasan yang konkrit;

vii. menyampaikan maklumat dengan menggunakan cara dan bentuk yang efektif;

viii. menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat, serta memper lihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas; dan

ix. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara melalui pengalaman pembelajaran di bilik darjah.

.../kpBM

Monday, 10 January 2011

PENGENALAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.

Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa khususnya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.

Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik. Penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan, dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera.

Pendidikan Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan menekankan pembelajaran masteri dan penerapan kemahiran bernilai tambah. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan untuk memantapkan ilmu dan pengalaman pembelajaran di bilik darjah.

.../kpBM