Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Showing posts with label bengkel. Show all posts
Showing posts with label bengkel. Show all posts

Tuesday, 17 July 2012

LAPORAN KEM PERHALUS (2)


HARI KEDUA : 17 JULAI 2012 (SELASA)


Pada hari kedua, Kem PERHALUS dimulakan dengan pendaftaran murid seawall pukul 7.45 pagi.  

Ini diikuti dengan ceramah teknik menjawab soalan Karangan (B) yang disampaikan oleh ENCIK TEO WEI SING bermula pada pukul 8.00 pagi.  Slot ini juga dilengkapkan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan pembentangan kumpulan.  Para peserta menggunakan Modul Latihan Terancang PERHALUS  sebagai panduan dan bahan latihan.



Slot ini berakhir pada pukul 10.00 pagi.  Para peserta berhenti rehat untuk sarapan selama 30 minit.

Selepas rehat, slot yang berikutnya ialah ceramah teknik menjawab soalan KOMSAS, fokus kepada novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.   Slot ini dikendalikan oleh CIK FUZIELLAH ABU BAKAR dan PUAN NORAISAH BT. ABDUL RANI.



Dalam slot LDK, murid telah menunjukkan minat dan memberi sepenuh perhatian.  Hampir semuanya tekun menjawab soalan untuk merebut hadiah insentif yang diberi kepada peserta yang menjawab dengan tepat soalan spontan yang diberi oleh JU berkaitan dengan tajuk.



Perbincangan antara JU sebelum sesi Latihan Dalam Kumpulan bermula....

Sesi LDK dan pembentangan kumpulan....





Usai pembentangan kumpulan untuk slot yang terakhir pada hari kedua ini, para peserta diminta membuat penilaian dengan mengisi borang yang telah disediakan.....  



Sebelum berakhirnya Kem PERHALUS, diadakan majlis penyampaian hadiah.  Hadiah diberi kepada 6 kumpulan terbaik (beg berwarna hijau) dan juga hadiah saguhati kepada 12 kumpulan yang lain (beg berwarna merah.


Hadiah ini disediakan sebagai insentif dan penghargaan kepada para peserta yang telah menunjukkan kerjasama dan minat yang tinggi sepanjang dua hari kem diadakan.   




Selepas penyampaian hadiah, Ketua Panitia menyampaikan kata-kata akhir berupa harapan daripada semua pihak, Yayasan Pahang, JPNP, PPD dan juga warga SMKTP terhadap para peserta agar mereka dapat berusaha untuk mencapai matlamat, iaitu lulus BM seterus berjaya mendapat sijil SPM nanti.



Kem PERHALUS 2012 yang bertempat di SMK Tanah Putih diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai antara Jurulatih Utama dengan semua peserta.   



 .../kpBM

Monday, 16 July 2012

LAPORAN KEM PERHALUS (1)

PERSIAPAN

Pemasangan baner dan penyediaan tempat telah dilakukan pada hari Sabtu 14 JULAI 2012.

kerusi meja disusun untuk 150 orang peserta


Mr. See dan Cikgu Awang menyediakan 'banner'....

Encik Loh Sai Heng 'merasmikan' Kem PERHALUS ... beliau tidak dapat bersama pada 16 JULAI kerana terlibat dengan tugas rasmi di luar daerah.
Kem PERHALUS yang diadakan selama dua hari ini melibatkan 150 orang murid dan 10 orang guru sebagai Jurulatih Utama....

HARI PERTAMA
-           16 JULAI 2012



sesi pendaftaran para peserta Kem PERHALUS....



para peserta dibekalkan sebuah fail
Pada hari pertama tepat pada pukul 8.00 pagi pendaftaran peserta Kem Perhalus diadakan di Dewan Blok Baru SMKTP.  Para peserta diminta menandatangani borang kehadiran yang telah disediakan.  Murid yang tidak hadir digantikan dengan murid lain yang juga berada dalam kategori potensi lulus.   Para peserta diagihkan kepada 14 kumpulan yang telah ditetapkan.  

Selesai sahaja pendaftaran, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Ketua Panitia berkaitan dengan perjalanan kem selama dua hari ini.
Ini diikuti oleh ucapan daripada ENCIK CHAN SENG FOOK (GPK Pentadbiran) sebagai mewakili Pengetua SMKTP yang bertugas di luar daerah untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan Kem PERHALUS SMKTP 2012.



Slot pertama pada hari pertama dimulakan dengan ceramah motivasi dan ‘ice breaking’ yang disampaikan oleh ENCIK ENG JENG HONG, Kaunselor SMKTP.   Tujuannya adalah untuk member kesedaran dan motivasi kepada para peserta agar dapat memberi komitmen terhadap pengisian kem selama dua hari ini.


Slot pertama ini berakhir pada 10.00 pagi dan para peserta berhenti rehat selama 30 minit untuk sarapan.

 menjamu selera....

Selepas rehat, bermula slot kedua pada pukul 10.30 pagi.  Slot kedua ini diisi dengan ceramah menjawab soalan rumusan dan pemahaman KOMSAS yang disampaikan oleh TUAN HAJI ABDUL RAZAK B. YAHYA.  
Tn. Hj Abdul Razak... teknik menjawab soalan BM SPM Kertas (2)

Slot yang dimulakan dengan ceramah ini diikuti dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan pembentangan kumpulan.   Para peserta menggunakan Modul Latihan Terancang PERHALUS sebagai pandual untuk menyiapkan tugasan. 

para peserta dibimbing oleh JU

sesi LDK .... tekun menyiapkan tugasan
pembentangan kumpulan hasil LDK....

 Hari pertama berakhir pada pukul 1.05 selepas makan tengah hari....bersambung esok pula....
 

...kpBM/



Saturday, 26 March 2011

sempurna sudah LADAP 1 Panitia BM....


 Alhamdulillah, LADAP 1 panitia BM telah dapat dilaksanakan sebagaimana yang dijadualkan hari ini.   

Seramai 20 orang guru BM dan seorang guru ABM telah hadir, manakala seorang guru tidak dapat hadir kerana terpaksa menyelesaikan tugasannya di luar daerah.
Sekalung ucapan terima kasih  ditujukan khusus kepada semua guru panitia BM atas kerjasama yang diberi kan (kerana esok sekali lagi semua guru perlu hadir ke sekolah untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG dan Pelaporan Akademik Pelajar).  

Semoga sesi perkongsian ilmu tadi dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan mutu P & P di bilik darjah seterusnya dapat membantu panitia meningkatkan prestasi mata pelajaran BM. 


.../kpBM

Monday, 14 March 2011

Kursus Dalaman Panitia BM (1/2011)

Ekoran daripada Bengkel Pendedahan Teks Baharu KOMSAS yang diadakan pada 8 & 9 MAC 2011 yang lalu, pihak panitia Bahasa Melayu dikehendaki mengadakan Kursus Dalaman bagi semua ahli panitia.  Tujuan diadakan kursus dalaman ini adalah untuk berkongsi maklumat dan menyampaikan info terkini berkaitan dengan penulisan RPT dan RPH  serta teknik-teknik terkini pengajaran KOMSAS.

Memandangkan segala info yang diperoleh semasa bengkel tempoh hari perlu disampaikan dengan segera dalam masa yang terdekat, jadi Ketua Panitia BM telah berbincang dengan Pengetua dan Penyelaras LADAP untuk menentukan tarikh perlaksanaan kursus dalaman tersebut tanpa menjejaskan waktu pengajaran guru.  Hasil daripada perbincangan tersebut, satu keputusan telah diambil, iaitu kursus dalaman akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

TARIKH : 26 MAC 2011 (Sabtu)
MASA :    8.30 pagi - 12.30 th
TEMPAT : Akan ditentukan kemudian
Slot 1 - Penyediaan RPT dan RPH
Slot 2 - Bengkel Teknik Pengajaran Novel
Slot 3 - Bengkel Teknik Pengajaran Prosa dan Puisi (Moden & Tradisional)

Kursus ini wajib dihadiri oleh semua guru BM dan surat makluman akan diberi kepada semua ahli panitia pada minggu hadapan.   Guru-guru BM yang terlibat dengan kursus dalaman pada hari tersebut akan dikecualikan daripada menghadiri perjumpaan kokurikulum (Badan Beruniform).   

Diharapkan semua ahli dapat mengorbankan masa untuk menghadiri kursus tersebut demi peningkatan panitia khasnya, dan kemajuan kurikulum SMKTP amnya.   Kursus Dalaman Panitia BM yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun 2011 ini adalah amat penting kepada semua guru BM kerana banyak maklumat terkini perlu disampaikan.

.../kpBM

Saturday, 12 March 2011

Sekitar Bengkel KOMSAS 8-9 MAC 2011

Terdapat dua perkara penting yang didedahkan sepanjang bengkel KOMSAS anjuran PPD Kuantan yang diadakan di SK Pelindung baru-baru ini, iaitu :

1.     Cara menulis RPT dan RPH
2.  Teknik pengajaran teks baharu KOMSAS

Banyak teknik diperkenalkan sepanjang dua hari berbengkel, merangkumi teknik pengajaran novel, prosa klasik, prosa tradisional, prosa moden, puisi klasik, puisi moden dan drama.   Antara teknik yang menarik dan boleh diaplikasikan di SMKTP ialah :
1) Teknik Kerusi Panas
2) Teknik Balang Kaca
3) Teknik Mestamu
4) Adaptasi  
5) Dekon

Kepelbagaian teknik ini diharapkan dapat menarik minat murid untuk mempelajari teks KOMSAS, seterusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.  Mempelajari KOMSAS sebenarnya bukanlah semata-mata untuk peperiksaan, tetapi bertujuan untuk menerapkan  nilai yang terdapat dalam sesebuah karya sastera....
Hasil perbengkelan tersebut  akan disampaikan dan dikongsi dengan semua guru BM SMKTP melalui  Kursus Dalaman yang akan diadakan selepas cuti nanti. 

.../kpBM

Sunday, 6 March 2011

Bengkel Pendedahan Teks Baru KOMSAS BM

Satu bengkel pendedahan teks baru KOMSAS Bahasa Melayu untuk guru-guru BM Daerah Kuantan 2011 akan diadakan pada 8 & 9 MAC 2011 (Selasa dan Rabu)  ini bertempat di SK Pelindung, Kuantan. 

Sehubungan dengan itu, Ketua Panitia BM dan seorang guru yang mengajarkan Bahasa Melayu menengah rendah dikehendaki menghadiri bengkel tersebut.  

Guru yang akan menghadiri bengkel tersebut ialah :
1) Puan Roshanilawateuy Bt. Jusoh (KP BM 2011)
2)  Puan Zaimuni Bt. Hamzah (Guru BM menengah rendah & Pen. KP BM)

Guru-guru BM SMKTP yang lain akan didedahkan dengan maklumat yang diperoleh daripada bengkel berkenaan melalui Kursus Dalaman yang akan diadakan kemudian.  Diharapkan guru-guru BM Tingkatan 1,2,4 dan 5 akan memanfaatkan pengetahuan yang bakal diperoleh dalam kursus dalaman itu nanti.


.../kpBM