Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Showing posts with label tanggungjawab. Show all posts
Showing posts with label tanggungjawab. Show all posts

Tuesday, 27 August 2013

Rajin Membaca Cekap Berbahasa

Catatan ini khusus untuk anak didikku yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi. Kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini, mulalah dengan azam dan tekad untuk berusaha sedaya upaya. Langkah yang paling wajar dalam menghadapi peperiksaan adalah dengan membuat persediaan awal. 

Tidak ada gunanya bermain-main dahulu, kemudian bertungkus-lumus pada saat-saat yang akhir. Proses pembelajaran memerlukan waktu yang panjang, terutamanya bagi pembelajaran bahasa.

Menguasai bahasa mengambil masa yang lama. Aspek-aspek bahasa tidak boleh dihafalkan dalam masa dua tiga minggu. Menurut Prof. Dato' Dr. Nik Safiah Karim, bahasa diibaratkan suatu tabiat, yang perlu dipupuk, dibelai dan dibaja senantiasa. Proses ini memerlukan waktu. Oleh itu, jikalau anda hendak menjadi seorang pelajar yang pandai berbahasa Melayu, yang dapat menggunakan bahasa tersebut bukan sahaja mengikut peraturan-peraturannya yang betul, tetapi juga yang memperlihatkan unsur-unsur keindahan, maka hendaklah anda membuat persiapan-persiapan awal.

Satu cara yang amat berkesan adalah dengan
menjadikan tabiat membaca satu amalan harian, iaitu membaca contoh-contoh penggunaan bahasa yang baik, betul dan indah. Carilah bahan-bahan yang sesuai dan jadikanlah tabiat membaca sebagai rekreasi harian.

Terdapat berbagai-bagai sebab seseorang itu membaca. Satu sebab yang amat berkait dengan dunia seorang pelajar ialah membaca buku
untuk mencari ilmu pengetahuan, terutama daripada buku-buku teks. Membaca jenis ini wajib dilakukan oleh semua pelajar.

Satu sebab lagi orang membaca, ialah
membaca untuk rekreasi. Dalam konteks ini kita membaca bukan semata-mata untuk mengutip ilmu yang ada dalam bahan yang dibaca, walaupun ini tetap berlaku setiap kali kita membaca. Membaca untuk rekreasi bermaksud, kita membaca untuk kegembiraan, untuk menghayati bahan yang dibaca.

Walau apa pun tujuannya kita membaca, yang pasti dengan aktiviti
membaca menjadikan penguasaan bahasa kita baik dan bertambah cekap....

Memupuk tabiat membaca tidaklah terlalu sukar. Yang penting, sikap anda harus positif. Anda membaca kerana mahu membaca, bukan kerana disuruh oleh guru atau ibu bapa anda. Selain itu, anda berasa gembira sewaktu membaca. Dengan kata lain, bahan-bahan yang anda baca itu menarik dan dapat anda hayati.  Tidak ada bahan yang menjemukan. Jikalau terdapat bahan yang menjemukan, tinggalkan sahaja bahan itu, lalu cari yang lain yang lebih menarik.

Bahasa yang digunakan untuk menulis bahan itu juga harus menarik. Anda terpesona dengan pilihan kata-kata tertentu; anda tertarik dengan cara pengarang menghuraikan sesuatu perkara atau peristiwa. Ada kalanya anda begitu tertarik sehingga mahu membaca sesuatu petikan itu sekali lagi, dan seterusnya untuk kali ketiga.

Demikianlah, jikalau perkara-perkara di atas berlaku pada diri anda, bolehlah dikatakan anda sudah separuh jalan dalam proses pemupukan tabiat membaca. Teruskanlah usaha ini; sudah pasti anda akan mendapat manfaat yang besar. Apabila itu berlaku, anda juga sudah separuh jalan ke arah penguasaan bahasa yang baik.

Yang pasti, bahasa yang baik dapat dikuasai melalui tabiat membaca.... 

.../kpBM 

Monday, 30 July 2012

PERJUMPAAN PANITIA BM

Kepada semua ahli Panitia Bahasa Melayu, SMKTP

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa satu perjumpaan dengan semua ahli Panitia BM akan diadakan sebagaimana ketetapan yang berikut :


TARIKH :  1 OGOS 2012 (RABU)

TEMPAT :  MAKMAL KOMPUTER

Sesi pagi :  7.30 - 8.05 pagi

               Sesi petang :  12.30 - 1.05 tengah hari



Kehadiran adalah diwajibkan.  Harap maklum, terima kasih.

.../ kpBM




Monday, 4 July 2011

Tahniah

Mr. See di majlis Sambutan Hari Guru 2010
Saya bagi pihak ahli Panitia Bahasa Melayu, SMKTP ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada ENCIK SEE KOON SUAN, yang telah dilantik sebagai Ketua Bidang Bahasa SMKTP yang baharu berkuatkuasa pada 1 JULAI 2011.
Pn. Yip di  majlis Mesyuarat Agung PIBG 201
Encik See yang merupakan ahli panitia Bahasa Inggeris telah menggantikan Puan Yip Wai Lin  yang telah bersara pilihan sejak 1 JUN 2011. 




.../kpBM


Sunday, 3 July 2011

Selamat Datang....

EN. LOH SAI HENG, Pengetua Cemerlang
Saya bagi pihak Panitia Bahasa Melayu SMKTP mengalu-alukan kedatangan pengetua baharu SMK Tanah Putih, iaitu Yang Berusaha ENCIK LOH SAI  HENG.   Beliau telah melaporkan diri di SMKTP pada 11 JUN 2011.

En. Loh yang dilahirkan pada 25 NOVEMBER 1955 dan berasal dari Bentong ini merupakan seorang Pengetua Cemerlang.  Sebelum ini beliau menjadi Pengetua Cemerlang di SMK Ketari, Bentong sejak April 2008.  

SELAMAT DATANG...  Semoga SMK Tanah Putih akan menempa lebih banyak kejayaan di bawah pimpinan Encik Loh.  

Esok, 4 JULAI, perhimpunan rasmi yang pertama dengan pengetua baharu SMKTP.

.../kpBM


Tuesday, 28 June 2011

Pencerapan Fail Individu PLBS / ULBS

Pencerapan fail individu PLBS bagi mata pelajaran Bahasa Melayu telah diadakan hari ini.  Pencerapan yang dilakukan oleh GPK Kurikulum, Encik Chan Seng Fook bermula pada pulul 12.30 tengah hari bertempat di Makmal IT itu melibatkan semua guru BM sesi pagi dan sesi petang. 

Markah ULBS Tingkatan 5 sudah selesai direkodkan oleh Ketua Pentaksir Sekolah, Puan Noraisah Ab. Rani.  Guru Tingkatan 3 perlu menyerahkan markah PLBS kepada Ketua Pentaksir Sekolah selewat-lewatnya pada 4 Julai ini untuk direkodkan.  

Manakala, guru BM Tingkatan 1, 2 dan 4 pula perlu meneruskan pentaksiran kedua sebagaimana yang telah dijadualkan. 


Wednesday, 22 June 2011

Selamat Bersara Pn. Yip

Di MS. Garden Annual Dinner 2007
PUAN YIP WAI LIN, Guru Kanan Bahasa SMK Tanah Putih telah bersara pilihan mulai 1 JUN 2011.  Warga SMKTP khususnya Panitia Bahasa Melayu mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada Pn. Yip.   


Staf SMKTP 2010
Majlis persaraan beliau akan diadakan pada pagi esok  bertempat di Dewan SMKTP....    


Hari Guru 2010




Mesyuarat Panitia BM 1/201


Jasa Pn. Yip sepanjang beliau berkhidmat di SMKTP,  khususnya dalam meningkatkan prestasi Jabatan Bahasa SMKTP akan tetap dikenang.   

AGM PIBG SMKTP 2011

Buat Pn. Yip, 

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
Ketua Bidang kami yang satu.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh kepuasan dan kebahagiaan.....

Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir....

Semoga Pn. Yip akan sentiasa sihat dan lebih bahagia mengharungi alam persaraan.
Terima kasih, Pn. Yip.... 

.../kpBM

Thursday, 16 June 2011

RAJIN MEMBACA CEKAP BERBAHASA

Catatan ini khusus untuk anak-anak didikku yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini. Kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini, mulalah dengan azam dan tekad untuk berusaha sedaya upaya. Langkah yang paling wajar dalam menghadapi peperiksaan adalah dengan membuat persediaan awal. Tidak ada gunanya bermain-main dahulu, kemudian bertungkus-lumus pada saat-saat yang akhir. Proses pembelajaran memerlukan waktu yang panjang, terutamanya bagi pembelajaran bahasa.

Menguasai bahasa mengambil masa yang lama. Aspek-aspek bahasa tidak boleh dihafalkan dalam masa dua tiga minggu. Menurut Prof. Dato' Dr. Nik Safiah Karim, bahasa diibaratkan suatu tabiat, yang perlu dipupuk, dibelai dan dibaja senantiasa. Proses ini memerlukan waktu. Oleh itu, jikalau anda hendak menjadi seorang pelajar yang pandai berbahasa Melayu, yang dapat menggunakan bahasa tersebut bukan sahaja mengikut peraturan-peraturannya yang betul, tetapi juga yang memperlihatkan unsur-unsur keindahan, maka hendaklah anda membuat persiapan-persiapan awal.

Satu cara yang amat berkesan adalah dengan
menjadikan tabiat membaca satu amalan harian, iaitu membaca contoh-contoh penggunaan bahasa yang baik, betul dan indah. Carilah bahan-bahan yang sesuai dan jadikanlah tabiat membaca sebagai rekreasi harian.

Terdapat berbagai-bagai sebab seseorang itu membaca. Satu sebab yang amat berkait dengan dunia seorang pelajar ialah membaca buku
untuk mencari ilmu pengetahuan, terutama daripada buku-buku teks. Membaca jenis ini wajib dilakukan oleh semua pelajar.

Satu sebab lagi orang membaca, ialah
membaca untuk rekreasi. Dalam konteks ini kita membaca bukan semata-mata untuk mengutip ilmu yang ada dalam bahan yang dibaca, walaupun ini tetap berlaku setiap kali kita membaca. Membaca untuk rekreasi bermaksud, kita membaca untuk kegembiraan, untuk menghayati bahan yang dibaca.

Walau apapun tujuannya kita membaca, yang pasti dengan aktiviti
membaca menjadikan penguasaan bahasa kita baik dan bertambah cekap....

Memupuk tabiat membaca tidaklah terlalu sukar. Yang penting, sikap anda harus positif. Anda membaca kerana mahu membaca, tidak kerana disuruh oleh guru atau ibu bapa anda. Selain itu, anda berasa gembira sewaktu membaca. Dengan kata lain, bahan-bahan yang anda baca itu menarik dan dapat anda hayati. Tidak ada yang menjemukan. Jikalau terdapat bahan yang menjemukan, tinggalkan sahaja bahan itu, lalu cari yang lain yang lebih menarik.

Bahasa yang digunakan untuk menulis bahan itu juga harus menarik. Anda terpesona dengan pilihan kata-kata tertentu; anda tertarik dengan cara pengarang menghuraikan sesuatu perkara atau peristiwa. Ada kalanya anda begitu tertarik sehingga mahu membaca sesuatu petikan itu sekali lagi, dan seterusnya untuk kali ketiga.

Demikianlah, jikalau perkara-perkara di atas berlaku pada diri anda, bolehlah dikatakan anda sudah separuh jalan dalam proses pemupukan tabiat membaca. Teruskanlah usaha ini; sudah pasti anda akan mendapat manfaat yang besar. Apabila itu berlaku, anda juga sudah separuh jalan ke arah penguasaan bahasa yang baik.


Yang pasti, bahasa yang baik dapat dikuasai melalui tabiat membaca....



Thursday, 9 June 2011

Berpindah Sekolah

Kejohanan Olahraga Tahunan 2010
Hari Guru 2010
Seorang ahli Panitia BM akan bertukar ke sekolah baharu setelah permohonan beliau untuk bertukar sekolah  diluluskan beberapa hari sebelum sekolah mula bercuti akhir Mei lepas. 

Beliau ialah ENCIK MOHD ZAHID B. HJ RAMLI.

Kudapan semasa Bengkel KOMSAS akhir Mac 2011
Bagi pihak Panitia BM, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan Cikgu Mohd Zahid selama satu tahun lebih  berkhidmat di SMKTP.   Beliau akan mula bertugas di sekolah baharu selepas sesi persekolahan Penggal Kedua bermula pada 13 Jun ini.

Semoga Cikgu Mohd Zahid akan lebih berjaya di tempat baharu.

.../kpBM

Monday, 16 May 2011

SELAMAT HARI GURU 2011, Terima kasih, Cikgu...

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru SMK Tanah Putih, khususnya ahli Panitia Bahasa Melayu.  


Kad ucapan daripada Persatuan Bahasa Melayu
Semoga kita akan terus meningkatkan iltizam untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagaimana yang telah kita janji dan ikrarkan....

Selamat Hari Guru, terima kasih Cikgu....


.../kpBM



Monday, 9 May 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 & Mesyuarat Panitia BM

Esok bermula Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 bagi murid Tingkatan Empat dan Lima.  Mereka akan menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 pada hari Rabu, 11 MEI 2011.  Kami mengharapkan agar murid-murid yang terlibat sudah membuat persediaan rapi bagi menjawab soalan yang dikemukakan.   

Murid-murid di peringkat menengah rendah pula akan mula menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun pada 23 MEI 2011.  Bagi pihak guru-guru BM yang lain, saya mengucapkan SELAMAT BERJAYA....

Mesyuarat Panitia BM kali ke-2 akan diadakan esok ada pukul 12.30 tengah hari di Bilik SAL.  Semua ahli panitia diharapkan dapat menepati masa yang telah ditetapkan agar mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar.  

.../kpBM 

 

Sunday, 24 April 2011

HOMONIM

nanar  - berasa agak pening kerana kena pukul atau ditumbuk,pening lalat; menjadi bingung kerana kesusahan,tercengang-cengang,terpinga-pinga,tidak tentu haluan;sangat marah,meradang.

Ayat contoh:

1. Azhar nanar  tiba-tiba apabila dia mendapati tayar basikalnya pancit.

2.Encik Megat Shariman nanar sewaktu mencari alamat rumah sahabatnya,Encik Maloni.

3. Bapa murid sekolah yang masih nanar akibat ditempeleng rakannya itu telah membuat laporan polis.


nanar - nakal (kelakuan)

Ayat contoh:

1. Cikgu Dilmi menasihati muridnya agar tidak sekali-kali membuat nanar di Kem Solat Bestari.

2. Sudah menjadi lumrah alam,anak yang nanar perlu diberi nasihat dan didikan agama sejak kecil.

3. "Ingat, jaga tutur kata dan jangan nanar ketika bercuti di rumah nenek kamu," pesan ibu kepada Faiz.

Saturday, 9 April 2011

Gotong-royong di Taman Peribahasa

 Taman Peribahasa
Aktiviti gotong-royong telah diadakan di SMKTP pada 9 April 2011. 
Ini merupakan aktiviti gotong-royong yang pertama anjuran Unit Keceriaan Sekolah untuk tahun ini.   
QWS tekun membacuh cat...
Selain gotong-royong untuk menceriakan bilik darjah, ahli pasukan unit beruniform dan persatuan & kelab juga telah bersama-sama menceriakan 'taman angkat' masing-masing.

Guru Penasihat PBM
Ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu (PBM) bersama dengan guru Penasihat Persatuan, Cik Fuziellah dan Puan Noraisah telah mengadakan gotong-royong membersihkan dan membaik pulih Taman Peribahasa.   
hasilnya... selepas gotong-royong




Taman Peribahasa kembali ceria...


.../kpBM 

Monday, 14 March 2011

Kursus Dalaman Panitia BM (1/2011)

Ekoran daripada Bengkel Pendedahan Teks Baharu KOMSAS yang diadakan pada 8 & 9 MAC 2011 yang lalu, pihak panitia Bahasa Melayu dikehendaki mengadakan Kursus Dalaman bagi semua ahli panitia.  Tujuan diadakan kursus dalaman ini adalah untuk berkongsi maklumat dan menyampaikan info terkini berkaitan dengan penulisan RPT dan RPH  serta teknik-teknik terkini pengajaran KOMSAS.

Memandangkan segala info yang diperoleh semasa bengkel tempoh hari perlu disampaikan dengan segera dalam masa yang terdekat, jadi Ketua Panitia BM telah berbincang dengan Pengetua dan Penyelaras LADAP untuk menentukan tarikh perlaksanaan kursus dalaman tersebut tanpa menjejaskan waktu pengajaran guru.  Hasil daripada perbincangan tersebut, satu keputusan telah diambil, iaitu kursus dalaman akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

TARIKH : 26 MAC 2011 (Sabtu)
MASA :    8.30 pagi - 12.30 th
TEMPAT : Akan ditentukan kemudian
Slot 1 - Penyediaan RPT dan RPH
Slot 2 - Bengkel Teknik Pengajaran Novel
Slot 3 - Bengkel Teknik Pengajaran Prosa dan Puisi (Moden & Tradisional)

Kursus ini wajib dihadiri oleh semua guru BM dan surat makluman akan diberi kepada semua ahli panitia pada minggu hadapan.   Guru-guru BM yang terlibat dengan kursus dalaman pada hari tersebut akan dikecualikan daripada menghadiri perjumpaan kokurikulum (Badan Beruniform).   

Diharapkan semua ahli dapat mengorbankan masa untuk menghadiri kursus tersebut demi peningkatan panitia khasnya, dan kemajuan kurikulum SMKTP amnya.   Kursus Dalaman Panitia BM yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun 2011 ini adalah amat penting kepada semua guru BM kerana banyak maklumat terkini perlu disampaikan.

.../kpBM

Saturday, 12 March 2011

Sekitar Bengkel KOMSAS 8-9 MAC 2011

Terdapat dua perkara penting yang didedahkan sepanjang bengkel KOMSAS anjuran PPD Kuantan yang diadakan di SK Pelindung baru-baru ini, iaitu :

1.     Cara menulis RPT dan RPH
2.  Teknik pengajaran teks baharu KOMSAS

Banyak teknik diperkenalkan sepanjang dua hari berbengkel, merangkumi teknik pengajaran novel, prosa klasik, prosa tradisional, prosa moden, puisi klasik, puisi moden dan drama.   Antara teknik yang menarik dan boleh diaplikasikan di SMKTP ialah :
1) Teknik Kerusi Panas
2) Teknik Balang Kaca
3) Teknik Mestamu
4) Adaptasi  
5) Dekon

Kepelbagaian teknik ini diharapkan dapat menarik minat murid untuk mempelajari teks KOMSAS, seterusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.  Mempelajari KOMSAS sebenarnya bukanlah semata-mata untuk peperiksaan, tetapi bertujuan untuk menerapkan  nilai yang terdapat dalam sesebuah karya sastera....
Hasil perbengkelan tersebut  akan disampaikan dan dikongsi dengan semua guru BM SMKTP melalui  Kursus Dalaman yang akan diadakan selepas cuti nanti. 

.../kpBM

Tuesday, 8 March 2011

MENGUASAI ATAU TIDAK MENGUASAI?

Hari ini tiba-tiba namaku dipanggil oleh seorang pentadbir semasa berada di bilik guru. Beliau ingin aku mmbantunya mendapatkan bilangan pelajar dari tingkatan 3 hingga 5 yang boleh menguasai dan tidak menguasai bahasa Melayu. Aku menerima dengan hati terbuka untuk membantunya kerana orang yang bertanggungjawab tiada di sekolah kerana tugas rasmi. Aku cuba mendapatkan maklumat daripada guru-guru yang mengajar BM walaupun hari ini aku mempunyai 6 masa dan guru bertugas juga. 

Sebenarnya perkataan  'menguasai' atau 'tidak menguasai' itu terlalu subjektif malah luas skopnya iaitu tidak spesifik. Bagiku maksudnya merangkumi semua aspek termasuklah tidak mahir berbahasa Melayu, tidak boleh berbahasa, tidak tahu membaca, tidak lulus ujian ( kurang 30 markah) dan lain-lain. 

Maklumat telah kuperoleh dan kutulis di dalam borang yang diberikan itu. Lantas kuserahkan kepada pihak yang berkenaan. Malangnya, setelah dilihat dan dibaca, seolah-olah dia tidak percaya? Betul ke ni? Seolah-olah tidak mahu menerima kenyataan, padahal itu adalah kenyataan!!! Alasannya, apakah  jawapan yang akan diberi nanti dalam mesyuarat berkaitan dengan hal itu? Sudah tentu jabatan akan mempersoal dan mengambil tindakan terhadap sekolah.

Renung-renungkanlah.......


Monday, 7 March 2011

JANGAN SALAH LAGI

Pada masa ini,masih kedapatan sesetengah pengguna bahasa Melayu yang tidak dapat membezakan antara kata hamonim dengan homograf. Sebenarnya,kedua-dua kata tersebut mempunyai pertalian yang erat dalam ranah semantik bahasa Melayu. Hamonim merujuk kepada kata yang sama bunyi tetapi berlainan makna. Manakala Homograf merujuk kepada kata yang sama ejaan tetapi berbeza sebutannya.

    Contohnya:     Perkataan kaki, buku, ramai    
     Ayat:  a) Keluasan kebun durian yang dibeli olh Ustaz Abdul Aziz ialah 300 kaki persegi.
               b) Doktor terpaksa memotong kaki kiri Encik Sukiman yang menderita penyakit kencing manis sejak dua tahun yang lalu.

   Contohnya:     Perkataan sama, perang, rendang
    Ayat:   a) Wanita yang berambut perang itu ialah Pegawai Perancang Bahasa di PPD Gombak.
               b) Perang mulut antara Farid dengan Joshua telah diselesaikan oleh Cikgu Mat Lazim.


Tuntasnya, pengguna bahasa Melayu perlu mengenal kata hamonim dan homograf secara tekal agar penguasaan nahu bahasa Melayu mereka tidak menjadi cacamarba. Pengguna bahasa Melayu seyogianya tahu untuk membunyikan perkataan sama ada e-pepet atau e-taling.

wbn/2011

Thursday, 3 March 2011

Pengesanan / Pencerapan Buku Latihan (2)

Mulai bulan lepas, pencerapan/ pengesanan buku latihan dibuat secara bergilir-gilir sebulan sekali mengikut bidang pada hari SELASA yang pertama setiap bulan.   Sekiranya hari Selasa jatuh pada hari cuti umum, penyemakan akan dibuat pada hari berikutnya, iaitu hari Rabu. Penyemakan buku ini dimulakan dengan Bidang Bahasa, diikuti oleh Bidang Kemanusiaan, Teknik dan Vokasional dan berakhir dengan Bidang Sains dan Matematik.  

Bermula pada minggu pertama bulan Februari, iaitu pada 8 FEBRUARI 2011, guru-guru di bawah Bidang Bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) akan menghantar buku latihan / modul murid untuk disemak oleh Pengetua dan GPK1 di Bilik Mesyuarat mulai pukul 1.05 tengah hari.  Sebarang masalah atau kemusykilan berkaitan dengan kelas yang ajar boleh diajukan oleh guru untuk dibincangkan dengan Pengetua / GPK1 semasa perjumpaan tersebut berlangsung.

Pada minggu hadapan, iaitu hari SELASA, 8 MAC 2011, akan dijalankan penyemakan buku latihan untuk KALI KEDUA  bagi BIDANG BAHASA.  

Diharap tidak ada yang terlupa.... Pastikan buku latihan dihantar untuk disemak mengikut jadual yang telah ditetapkan.

.../kpBM

Tuesday, 8 February 2011

Pencerapan / Penyemakan Buku Latihan 1

Mulai tahun ini penyemakan buku latihan oleh pihak pentadbir, khususnya oleh Pengetua dan GPK Pentadbiran & Kurikulum akan dilakukan pada hari Selasa setiap minggu.  Penyemakan atau pencerapan ini akan dilakukan secara bergilir-gilir mengikut bidang, yang dimulakan dengan Bidang Bahasa, diikuti oleh Bidang Kemanusiaan, Bidang Teknik & Vokasional dan berakhir dengan Bidang Sains & Matematik.  

Penyemakan buku latihan yang bermula pada hari ini (8 FEBRUARI) merupakan giliran bagi Bidang Bahasa. Semua guru bahasa (BM, BI dan BC) sesi pagi membawa buku latihan kelas yang telah ditetapkan ke Bilik Mesyuarat di bangunan blok baharu untuk disemak dan disahkan oleh Pengetua / GPK1.  Pengetua dan GPK1 sudah siap menunggu di Bilik Mesyuarat seawal pukul 1.00 th. 

Sebarang kemusykilan atau masalah boleh dikemukakan dan dibincangkan semasa perjumpaan tersebut. 

Semoga transformasi ini akan meningkatkan keberkesanan aspek kurikulum di SMKTP....

.../kpBM

Monday, 24 January 2011

Senarai Tugas Utama Ketua Panitia


1 KURIKULUM
1.1 Mendapatkan sukatan pelajaran terkini
1.2 Penyediaan rancangan pengajaran tahunan
1.3 Penyediaan rancangan pengajaran bersama
1.4 Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran
1.5 Kepelbagai teknik mengajar
1.6 Kepelbagian program pengayaan dan pemulihan
1.7 Penggunaan BBM dalam P & P
1.8 Meningkatkan koleksi BBM hasilan panitia
1.9 Memperbanyakkan koleksi BBM yang dibeli
1.10 Menyelaras soalan ujian bulanan
1.11 Menyelaras soalan peperiksaan penggal
1.12 Post mortem dan tindakan susulan peperiksaan
1.13 Menyemak buku latihan pelajar
1.14 Memberi kursus dalaman
1.15 Bimbingan untuk ahli panitia baru
1.16 Pelaksanaan program khas kemahiran belajar

2 PENGURUSAN
2.1 Pemilihan buku teks dan rujukan
2.2 Pencerapan
2.3 Mesyuarat bulanan panitia
2.4 Pengajaran berpasukan (team teaching)
2.5 Mengurus jadual guru ganti
2.6 Mengadakan kursus dalaman
2.7 Guru ganti inter-panitia (jangka panjang)
2.8 Pemantauan aktiviti panitia
2.9 Mengadakan mesyuarat berkala dan “post-mortem”
2.10 Penyediaan dan pengawalan belanjawan
2.11 Pengawalan stok dan iventori
2.12 Penyeliaan kerja-kerja kursus pelajar

3 KOKURIKULUM
3.1 Melaksanakan program/aktiviti persatuan berasas akademik
3.2 Menyertai pertandingan berkaitan panitia
3.3 Program lawatan sambil belajar
3.4 Membantu persatuan berasaskan akademik dalam kepakaran ikhtisas
3.5 Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain di sekolah

4 TUGAS-TUGAS LAIN
4.1 Mewujudkan kerjasama dengan PKG, PPD dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri
4.2 Mewujudkan kerjasama dengan Ketua Panitia di SMK yang lain
4.3 Mengemaskini data bilik gerakan sekolah


"...ke gunung sama di daki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi...."

.../kpBM

Sunday, 16 January 2011

MESYUARAT PANITIA 1/2011

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali pertama untuk tahun 2011 telah diadakan sebagaimana yang telah dijadualkan. 
TARIKH : 15 JANUARI 2011 (SABTU)
TEMPAT : KELAS 3K7
MASA : 10.30 - 12.30 th.
AGENDA : 
1. Ucapan Pengerusi

2. Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

3. Perkara berbangkit.

4. Ucapan Ketua Bidang @ Guru Kanan Bahasa

5. Agenda Profesional :
5.1 Senarai tugas ahli panitia
5.2 Penulisan Buku Rekod Mengajar (HSP/ RPT/ RPH)
      * (sila bawa buku Huraian Sukatan Pelajaran)
5.3 Program PKKP
5.4 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun & PMR 2010
5.5 Strategi Peningkatan Prestasi Murid (semua peringkat)
5.6 Ujian dan Peperiksaan
5.7 PLBS & ULBS
5.8 Pencerapan P & P dan Semakan Buku Latihan
5.9 Program Panitia dan Ko Akademik

6. Hal-hal lain

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir.  

 .../kpBM