Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Wednesday, 1 February 2012

Peribahasa : Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya


MAKSUD :
1. seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya 

2. keadaan sesuatu itu menurut asalnya

SITUASI :

Kita selalu mendengar kata-kata begini; perangai atau wajahnya tak ubah seperti bapanya atau ibunya. Kata-kata tersebut menggambarkan persamaan antara anak dengan orang tuanya, tidak kira yang berunsur negatif, mahupun positif. Alimnya seseorang anak disamakan dengan warak ibu bapanya, pintarnya seseorang anak disamakan dengan bestari ayah emaknya, nakal seseorang anak disamakan dengan jahat orang tuanya, penjarahnya seseorang anak disamakan dengan sifat perampas emak bapaknya. 

Kata peribahasa Melayu yang lain yang membawa maksud yang sama ialah :
- bapa borek anaknya rintik; 
- bagaimana contoh begitulah gubahannya; 
- bagaimana rupa begitulah bayangnya; 
- sebab buah kenalan pohonnya.

PANTUN :

Hati tercuit dek lucuan,
Gelak-gelak dek gurauan;
Bentuk kuih ikut acuan,
Sifat anak ikut haluan.

(Sumber : Cikgu Naim Daipi)

 
.../kpBM


14 comments: