Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Thursday 3 March 2011

Pengesanan / Pencerapan Buku Latihan (2)

Mulai bulan lepas, pencerapan/ pengesanan buku latihan dibuat secara bergilir-gilir sebulan sekali mengikut bidang pada hari SELASA yang pertama setiap bulan.   Sekiranya hari Selasa jatuh pada hari cuti umum, penyemakan akan dibuat pada hari berikutnya, iaitu hari Rabu. Penyemakan buku ini dimulakan dengan Bidang Bahasa, diikuti oleh Bidang Kemanusiaan, Teknik dan Vokasional dan berakhir dengan Bidang Sains dan Matematik.  

Bermula pada minggu pertama bulan Februari, iaitu pada 8 FEBRUARI 2011, guru-guru di bawah Bidang Bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) akan menghantar buku latihan / modul murid untuk disemak oleh Pengetua dan GPK1 di Bilik Mesyuarat mulai pukul 1.05 tengah hari.  Sebarang masalah atau kemusykilan berkaitan dengan kelas yang ajar boleh diajukan oleh guru untuk dibincangkan dengan Pengetua / GPK1 semasa perjumpaan tersebut berlangsung.

Pada minggu hadapan, iaitu hari SELASA, 8 MAC 2011, akan dijalankan penyemakan buku latihan untuk KALI KEDUA  bagi BIDANG BAHASA.  

Diharap tidak ada yang terlupa.... Pastikan buku latihan dihantar untuk disemak mengikut jadual yang telah ditetapkan.

.../kpBM

1 comment:

  1. Hari ini penyemakan kedua buku latihan diadakan di makmal komputer bermula jam 12.30 tengah hari. Encik Chan Seng Fook telah diberi tanggungjawb memeriksa buku-buku itu. Segalanya berjalan lancar.

    ReplyDelete