Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Friday 11 March 2011

CUTI DAN KERJA RUMAH

Hari ini merupakan hari terakhir untuk sesi persekolahan bahagian pertama Semester Pertama.  Cuti seminggu ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh anak-anak didik kita dengan membuat latihan serta mengulangkaji mata pelajaran yang dianggap masih belum dikuasai oleh mereka.  

Sehubungan dengan itu, diharapkan semua guru sudah menyediakan dan mengedarkan bahan latihan sebagai kerja rumah semasa cuti kepada semua murid mengikut tahap masing-masing.   Setidak-tidaknya, dengan cara ini kita dapat mengurangkan defisit pembelajaran dalam kalangan murid-murid kita, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kepada semua, diucapkan selamat bercuti.   Tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar menunggu kita selepas sekolah dibuka nanti....

.../kpBM 

No comments:

Post a Comment