Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Saturday 14 April 2012

Seminar Perkongsian Ilmu

berkongsi ilmu....
Seminar Perkongsian Ilmu Bahasa Melayu dengan Munsyi Dewan, ENCIK GHALIB BIN YUNUS telah diadakan sebagaimana yang dirancang hari ini (14 APRIL 2012) di Dewan Harmoni, SMK Air Putih.  



Para peserta telah mengambil tempat seawal pukul 8.00 pagi.   Para peserta telah 'dihadiahkan' senaskah buku setiap orang, iaitu buku "Soal Jawab Bahasa Jilid 1" yang ditulis oleh Cikgu Ghalib sendiri.  

En. Nandakumaran (Pengetua Cemerlang) SMK Air Putih sedang menyampaikan ucapan perasmian...
Seminar anjuran bersama PPD Kuantan, Marshall Cavendish Education Publication dan SMK Air Putih  ini  amat bermakna kepada warga pendidik khususnya guru-guru BM yang hadir pada pagi tadi.  

Berikut ialah latar belakang program yang dipetik daripada brosur yang disediakan oleh pihak urusetia  :

RASIONAL :

* Selaras dengan pelaksanaan dasar MBMMBI oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru BM terpanggil untuk memantapkan diri dengan pengayaan BM daripada pelbagai aspek.

Cikgu Ghalib....
* Perkembangan BM yang dinamik demi memenuhi tuntutan era globalisasi telah membawa pelbagai perubahan, pembaharuan dan penambaikan yang perlu sentiasa dikemaskini oleh para guru BM.  Pengayaan BM harus bermula dengan penggunaan tatabahasa yang gramatis dan tepat agar kemahiran tatabahasa yang dikuasai dapat diserap merentas
kurikulum.

OBJEKTIF :

* Memperkaya dan memantapkan kemahiran tatabahasa BM para guru BM.
* Memberi input baharu tentang aplikasi tatabahasa BM kepada para guru BM.
* Memberi ruang dan peluang kepada para guru BM untuk berkongsi idea serta pendekatan baharu tentang pengajaran dan pembelajaran BM.
* Menjalinkan hubungan silaturahim para guru BM antara sekolah-sekolah menengah daerah Kuantan. (JARINGAN)
* Mengembang dan memartabatkan Bahasa Malaysia, Bahasa Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama institusi swasta, Marshall Cavendish Education. (JALINAN)


KUMPULAN SASARAN :

* 20 orang guru BM SMK Air Putih
* wakil-wakil guru BM (4 orang) daripada setiap sekolah menengah daerah Kuantan.
terima kasih SMK Air Putih, terima kasih Cikgu Ghalib

Guru BM dari SMK Tanah Putih yang hadir ialah :

- PUAN ROSHANILAWATEY BT. JUSOH, 
- CIK FUZIELLAH BT. ABU BAKAR, 
- PUAN ADHIPAH BT. KANDAR, dan 
- PUAN RUSLINA BT. ISMAIL.

Para peserta pulang dengan ilmu di dada untuk dikongsikan dengan anak-anak didik tersayang.   Kami beredar dari pekarangan SMK Air Putih hampir pukul 12.00 tengah hari.  


Terima kasih Cikgu Ghalib, terima kasih SMK Air Putih....


 .../kpBM


1 comment:

  1. Terima kasih saya ucapkan kepada Pn.Roshanilawatey Jusoh kerana sudi menghadiri kursus ini.

    ReplyDelete