Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Sunday, 1 May 2011

KATA SERAPAN (2)

Satu lagi perkataan bahasa Inggeris yang sering digunakan dalam kegiatan berbahasa ialah commitment (kata nama), dan commited (kata adjektif).  Dalam bahasa Melayu, commitment dieja komitmen, dan commited dieja sebagai komited sahaja.

Komitmen bermaksud sikap, pendirian atau perbuatan memberikan sepenuh tenaga dan perhatian kepada sesuatu.  Kata ini juga dapat ditakrifkan sebagai sikap atau perbuatan yang menunjukkan sokongan serta azam yang penuh kepada sesuatu.  Kedua-dua maksud ini tersirat dalam dua ayat contoh yang berikut :

1.  Perkumpulan mahasiswa seharusnya tidak mempunyai komitmen dengan parti politik.

2.  Setiap kakitangan awam harus mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas masing-masing.

Kata komited pula mendukung maksud mempunyai atau menunjukkan komitmen tentang sesuatu.  Makna ini terungkap dalam ayat contoh yang berikut :

3.  Persatuan belia itu begitu komited tentang kegiatan sosial golongan belia.


Sebenarnya, kata komitmen dan komited ini telah ada kata padanannya sebagai pilihan dalam bahasa Melayu, iaitu iltizam.  Kata saduran daripada bahasa Arab ini bersinonim dengan kata komitmen tadi.  Ayat contoh dengan penggunaan kata iltizam :

4.  Usaha pengembangan bahasa Melayu perlulah disertai dengan iltizam daripada semua pihak.

Kini, kita sudah ada pilihan untuk menggunakan sama ada kata komitmen/ komited atau iltizam.

Sumber : Majalah Dewan Siswa, Kamus Dewan.
.../kpBM

No comments:

Post a Comment