Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Monday, 18 February 2013

kata "Kemenjadian"

Sumber :  Cikgu Ghalib

 Siri 171 - Kemenjadian-Perkataan Baharu?

Soalan:
Baru-baru ini, saya menemui penggunaan kata kemenjadian oleh agensi kerajaan. Setelah melakukan rujukan, saya dapati bahawa kata tersebut tidak tersenarai dalam Kamus Dewan, edisi keempat. Oleh hal demikian, bolehkah kata itu digunakan? Apa maksud yang didukungnya?

Fatin Nabilah Nazri
Petaling Jaya

Jawaban:
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sentiasa berkembang. Oleh itu, bahasa Melayu dikatakan sebagai bahasa yang hidup. Perkembangan bahasa Melayu yang begitu hebat ini dapat dilihat daripada kemunculan pelbagai kata dan istilah. Oleh sebab kamus dikemaskinikan pada setiap 10 tahun sekali, maka banyak perkataan yang wujud tidak dapat dimasukkan sebagai entri. Jika perkataan itu menepati makna dan rumus morfologinya, mengapakah perkataan itu tidak boleh digunakan?

Satu daripada perkataan yang digunakan secara leluasa oleh pengguna tetapi masih belum dimasukkan sebagai entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KDEE) ialah kemenjadian. Maksud yang didukung oleh perkataan ini ialah “perihal menjadi”. Lihat ayat contoh yang berikut:

(i) Pendidikan sangat penting untuk menentukan kemenjadian murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Lihat pembentukan perkataan tersebut dan juga perkataan lain seperti yang di bawah ini:

meracau ----> kemeracauan (perihal meracau)
melarat -----> kemelaratan (perihal melarat)
meleset ----> kemelesetan (perihal meleset)
meradang --> kemeradangan (perihal meradang)
menjadi --> kemenjadian (perihal menjadi)

Kesimpulannya, perkataan `kemenjadian’ menepati rumus morfologi bahasa Melayu yang membawa maksud `perihal sesuatu’. Dalam penerbitan kamus yang akan datang, perkataan ini akan dimasukkan sebagai salah satu entri.

(Sumber: Ruangan Soal Jawab Majalah Pelita Bahasa, Januari 2009)

5 comments: