Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Tuesday 17 July 2012

LAPORAN KEM PERHALUS (2)


HARI KEDUA : 17 JULAI 2012 (SELASA)


Pada hari kedua, Kem PERHALUS dimulakan dengan pendaftaran murid seawall pukul 7.45 pagi.  

Ini diikuti dengan ceramah teknik menjawab soalan Karangan (B) yang disampaikan oleh ENCIK TEO WEI SING bermula pada pukul 8.00 pagi.  Slot ini juga dilengkapkan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan pembentangan kumpulan.  Para peserta menggunakan Modul Latihan Terancang PERHALUS  sebagai panduan dan bahan latihan.



Slot ini berakhir pada pukul 10.00 pagi.  Para peserta berhenti rehat untuk sarapan selama 30 minit.

Selepas rehat, slot yang berikutnya ialah ceramah teknik menjawab soalan KOMSAS, fokus kepada novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.   Slot ini dikendalikan oleh CIK FUZIELLAH ABU BAKAR dan PUAN NORAISAH BT. ABDUL RANI.



Dalam slot LDK, murid telah menunjukkan minat dan memberi sepenuh perhatian.  Hampir semuanya tekun menjawab soalan untuk merebut hadiah insentif yang diberi kepada peserta yang menjawab dengan tepat soalan spontan yang diberi oleh JU berkaitan dengan tajuk.



Perbincangan antara JU sebelum sesi Latihan Dalam Kumpulan bermula....

Sesi LDK dan pembentangan kumpulan....





Usai pembentangan kumpulan untuk slot yang terakhir pada hari kedua ini, para peserta diminta membuat penilaian dengan mengisi borang yang telah disediakan.....  



Sebelum berakhirnya Kem PERHALUS, diadakan majlis penyampaian hadiah.  Hadiah diberi kepada 6 kumpulan terbaik (beg berwarna hijau) dan juga hadiah saguhati kepada 12 kumpulan yang lain (beg berwarna merah.


Hadiah ini disediakan sebagai insentif dan penghargaan kepada para peserta yang telah menunjukkan kerjasama dan minat yang tinggi sepanjang dua hari kem diadakan.   




Selepas penyampaian hadiah, Ketua Panitia menyampaikan kata-kata akhir berupa harapan daripada semua pihak, Yayasan Pahang, JPNP, PPD dan juga warga SMKTP terhadap para peserta agar mereka dapat berusaha untuk mencapai matlamat, iaitu lulus BM seterus berjaya mendapat sijil SPM nanti.



Kem PERHALUS 2012 yang bertempat di SMK Tanah Putih diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai antara Jurulatih Utama dengan semua peserta.   



 .../kpBM

No comments:

Post a Comment