"Menurut para menteri ekonomi ASEAN, langkah-langkah konkrit telahpun diambil oleh beberapa pihak..."
Perhatikan penggunaan telahpun. Perkataan tersebut hendaklah ditulis terpisah menjadi 'telah pun'.
Penggunaan 'pun' yang ditulis bergabung dengan perkataan sebelumnya merupakan golongan kata pangkal ayat, kata hubung, dan sebagainya.
Terdapat sejumlah perkataan yang berbentuk demikian seperti 'adapun', 'ataupun', 'andaipun', 'bagaimanapun', 'biarpun', 'kendatipun', 'kalaupun', 'lagipun', 'mahupun', 'meskipun', 'sekalipun', 'sungguhpun', dan 'walaupun'.
Penggunaan 'pun' yang ditulis terpisah pula membawa maksud 'juga', 'bahkan', serta 'biar' dan membentuk perkataan yang tergolong dalam kata penegas, atau disebut partikel. Perkataan-perkataan lain ialah 'sudah pun', 'apa pun', 'apa-apa pun', 'dia pun', 'mereka pun' dan sebagainya.
Perhatikan dua ayat berikut :
1) Adapun istana raja itu terletak di puncak Bukit Seguntang.
2) Kedua-dua adik-beradik kembar itu ada pun di majlis itu.
'Pun' dalam ayat (1) merupakan kata pangkal ayat dan 'pun' dalam ayat (2) ditulis terpisah kerana bermaksud 'juga'.
sumber : Murninya Bahasaku
.../kpBM
No comments:
Post a Comment