Pertanyaan:
Salam
Prof. Apakah perbezaan antara "memberi" dengan "memberikan". Yang saya
tahu, kedua-duanya merupakan kata kerja transitif yang perlu disambut
oleh objek. Bagaimana mahu ditunjukkan perbezaan selanjutnya? Terima
kasih.
Penjelasan:
Kata
kerja transitif 'memberi' diikuti oleh objek penerima seperti "Ayah
memberi anaknya wang" ("anaknya" sebagai objek penerima), sementara kata
kerja transitif 'memberikan' diikuti oleh objek bergerak atau objek
yang diterima, seperti "Ayah memberikan wang kepada anaknya" ("wang"
sebagai objek bergerak atau objek yang diterima).
Banyak
kesilapan yang dapat ditemukan dalam tulisan, seperti "Dia memberikan
saya maklumat itu" (seharusnya "Dia memberi saya maklumat itu" atau "Dia
memberikan maklumat itu kepada saya"). Apabila dikatakan "Saya
diberikan", timbul persoalan "kepada siapakah saya diberikan"?
Dalam
bentuk pasifnya, sering ditemukan kesilapan seperti "Saya diberikan
peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" (seharusnya "Saya
diberi peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" dengan makna
'saya diberi peluang'). Apabila dikatakan "Saya diberikan", timbul
pertanyaan "kepada siapakah saya diberikan"?
~Kembara Bahasa~
18 Januari 2012/24 Safar 1433
Sumber: Blog Kembara Bahasa (Prof. Dr. Awang Sariyan)
../kpBM
No comments:
Post a Comment