SMKTP adalah antara sekolah yang terpilih untuk mengikuti program ini.
Program tahunan yang bermula pada bulan April ini merupakan misi kerjasama daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bersama dengan pihak sekolah bagi merealisasikan beberapa matlamat utama, iaitu:
i) memberi fokus utama kepada rakyat dan pembangunan seni budaya, latihan dan keilmuan kepada penggiat seni budaya selain menyediakan persekitaran kondusif kepada penggiat seni budaya mengikut bidang;ii) mampu menjadi pemangkin kepada industri seni budaya di peringkat luar bandar agar mereka tidak terpinggir daripada arus pemodenan;iii) memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara, di samping memupuk semangat kerjasama ke arah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan selaras dengan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia; daniv) menjadi satu program bersifat pendidikan dan pendekatan kepada generasi muda dan masyarakat seluruh negara bagi membantu mereka memahami dan menyanjung warisan seni budaya.
Program ini dilaksanakan melalui Panitia Bahasa Melayu sebagai salah satu aktiviti MBM untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid SMKTP. Program yang bermula sejak awal April 2012 ini terbuka kepada semua murid SMKTP. Murid-murid yang terlibat akan dilatih oleh seorang tenaga pengajar dari Pusat Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Encik Azmy B. Ahamad.
Memandangkan latihan atau aktiviti ini diadakan pada setiap minggu (hari Khamis), jadi semua guru BM sesi pagi perlu bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Guru yang bertugas bertindak sebagai pemerhati dan perlu memastikan murid-murid mematuhi peraturan sekolah. Kedatangan murid akan diambil pada setiap kali latihan.
Program ini akan dijalankan pada setiap hari KHAMIS di Dewan Blok Baru pada pukul 2.30 – 4.30 petang. Setakat ini terdapat lebih kurang 40 orang murid yang mengikuti program latihan ini. Mereka terdiri daripada murid tingkatan 3, 4 dan 5. Guru-guru BM boleh menggalakkan murid di kelas masing-masing untuk mengikuti program latihan ini dengan lebih aktif lagi.
SENARAI GURU BERTUGAS
(April – Julai)
BULAN/ MINGGU
|
TARIKH
|
GURU BERTUGAS
|
CATATAN
|
APRIL
|
|||
1
|
5.4.12
|
Cik Fuziellah Abu Bakar
Puan Noraisah Abd. Rani
|
|
2
|
12.4.12
|
Encik Teo Wei Sing
|
|
3
|
19.4.12
|
Puan Roshanilawatey
Cik Fuziellah Abu Bakar
|
|
4
|
26.4.12
|
Puan Noraisah Abd Rani
|
|
MEI
|
|||
1
|
03.5.12
|
Puan Ruslina Bt. Ismail
|
Guru Persatuan BM /
Ketua Panitia BM
|
JUN
|
akan bersama
|
||
2
|
14.6.12
|
Puan Wan Bahiah
|
mengikut
kesesuaian /
|
3
|
21.6.12
|
Puan Sepinah Hj Mat Daud
|
kelapangan
|
4
|
28.6.12
|
Puan Adhipah Bt. Kandar
|
|
JULAI
|
|||
1
|
05.7.12
|
Puan Rohana Bt. Abd Patah
|
|
2
|
12.7.12
|
Puan Zaleha Bt. Othman
|
|
3
|
19.7.12
|
Tn. Hj. Abdul Razak Yahya
|
minggu akhir sebelum Ramadan
|
Diharapkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan program ini dapat membina dan meningkatkan keyakinan diri murid khususnya untuk membuat persembahan di khalayak. Dengan keyakinan dan kreativiti diri yang tinggi diharapkan mereka dapat menterjemahkannya dalam semua aktiviti kebahasaan, sama ada dalam bentuk pengucapan awam, deklamasi puisi, pementasan drama dan sebagainya menggunakan bahasa Melayu dengan baik.
.../kpBM
No comments:
Post a Comment