LADAP PBS Ting. 1 Bahasa Melayu |
Hari ini 28 APRIL 2012 (Sabtu), LADAP PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) bagi beberapa mata pelajaran telah diadakan sebagaimana yang dijadualkan. Antara panitia yang terlibat ialah Panitia BM, Panitia BI dan Panitia Sejarah.
wajib tahu dan faham... laksanakan |
LADAP PBS BM telah diadakan di Makmal Komputer (2) melibatkan guru-guru yang mengajar peringkat Menengah Rendah. Kehadiran guru adalah baik, iaitu 17 daripada 20 orang guru yang mengajar kelas Peralihan hingga Tingkatan 3. Tiga orang guru tidak hadir bersebab.
perlahan-lahan, lama-lama tambah faham..... |
Semua guru BM Tingkatan 1 diharap dapat menggunakan bahan-bahan yang diberi sebagai panduan bagi melaksanakan PBS. Guru-guru BM yang lain boleh 'bersedia' mulai sekarang....
Beberapa istilah baharu digunakan menggantikan yang lama (yang pada asasnya mempunyai makna dan matlamat yang sama). Istilah-istilah ini wajib diketahui dan difahami oleh semua guru dalam pelaksanaan PBS. Antaranya ialah :
Beberapa istilah baharu digunakan menggantikan yang lama (yang pada asasnya mempunyai makna dan matlamat yang sama). Istilah-istilah ini wajib diketahui dan difahami oleh semua guru dalam pelaksanaan PBS. Antaranya ialah :
PdP - Pengajaran dan Pembelajaran (dulu P & P)
B - Band (menggantikan skor dalam bentuk markah -terdapat 6 band )
PS - Penyataan Standard
D - Deskriptor
E - Evidens (Evidens menentukan Deskriptor)
L - Lisan
B - Baca
T - Tulis
Contoh : B1 DL1 E1(Band 1, Deskriptor Lisan, Evidens 1)
- Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian.
Puan Susilawati |
Perlu diingatkan bahawa untuk mata pelajaran BM, guru tidak boleh melakukan aktiviti pentaksiran (PBS) daripada bahan yang digunakan semasa PdP.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Susilawati atas penyampaian yang baik dan berkesan. Terima kasih juga kepada guru-guru BM yang hadir pada pagi ini.
Terima kasih kepada Encik See Koon Suan, Ketua Bidang Bahasa kerana menunggu hingga LADAP BM (2) ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
.../kpBM
No comments:
Post a Comment