Thursday 19 January 2012

Seuntai Kata Seindah Bahasa 2012


MINGGU KETIGA (16 –20.1.12)

TARIKH

16.1.12

 PERKATAAN
:
 AUTA

 MAKNA
:
 Temberang, helah

AYAT
:
 Ah, jangan banyak auta, siapa tidak kenal kamu !

PERIBAHASA
:
 Air titik ke batu

MAKSUD
:
 Amat sukar mengajar atau menasihati orang yang jahat dan degil

AYAT
:
 Mengajar Awang Nik ilmu agama bagaikan air titik ke batu kerana dia tidak akan menerimanya.


TARIKH
:
 17.1.12

PERKATAAN
:
 ASPIRASI

MAKNA
:
 Cita-cita, keinginan yang kuat

AYAT
:
 Aspirasinya tinggi menggunung.

PERIBAHASA
:
 Adat lama pusaka usang

MAKSUD
:
 Adat yang tidak berubah sejak berzaman-zaman

AYAT
:
 Tidak salah kalau kita memakai adat lama pusaka usang selagi adat itu tidak bertentangan  dengan ajaran agama.


TARIKH
:
 18.1.12

PERKATAAN
:
 ARCA

MAKNA
:
 Berhala, patung, tugu

AYAT
:
 Arca Tuan Raffle masih tercegat di tepi Sungai Singapura.

PERIBAHASA
:
Ada rotan ada duri

MAKSUD
:
Untuk mendapat kesenangan perlu menempuh kesukaran dahulu

AYAT
:
 Kita tidak perlu kesal sekiranya masalah timbul pada saat saat kejayaan hampir diraih kerana ada rotan, ada duri.


TARIKH
:
 19.1.12

PERKATAAN
:
 ALAS

MAKNA
:
 dasar

AYAT
:
 Alas gelas itu dibuat daripada kertas tebal.

PERIBAHASA
:
 Belakang parang kalau diasah lama-lama tajam juga

MAKSUD
:
 Orang yang bodoh kalau diajar dengan baik akan pandai

AYAT
:
 Walaupun anaknya dianggap lemah dalam semua mata pelajaran, namun Kak Ijan tidak pernah putus asa mengajar dan mencari guru tuisyen kerana dia beranggapan belakang parang kalau diasah lama-lama tajam juga.


TARIKH
:
20.1.12

PERKATAAN
:
 ALIF

MAKNA
:
Sahabat, teman

AYAT
:
 Samad alif saya.

PERIBAHASA
:
 Belut jatuh ke lumpur

MAKSUD
:
 Kembali ke tempat asalnya

AYAT
:
 Setelah berpuluh-puluh tahun berada di rantau orang, akhirnya Azizan bagai belut jatuh ke lumpur.

No comments:

Post a Comment