Dua peribahasa MELAYU yang mempunyai maksud yang TIDAK JELAS.
1. Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi.
2. Melepaskan BATUK di tangga.
Setelah menerima penjelasan, peribahasa yang tepat ialah
1. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi.
2. Melepaskan BATOK di tangga.
PEGAR ialah sejenis BURUNG yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka daripada ancaman haiwan-haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya.
1. Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi.
2. Melepaskan BATUK di tangga.
Setelah menerima penjelasan, peribahasa yang tepat ialah
1. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi.
2. Melepaskan BATOK di tangga.
BURUNG PEGAR |
Maksud peribahasa ini ialah burung PEGAR yang diharapkan untuk menjaga sawah padi, tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.
BATOK / GAYUNG |
Maksud peribahasa ini ialah sikap membuat kerja sambil lewa, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab.
Punca kesalahan, iaitu peribahasa di atas TEPAT dan TIDAK TEPAT itu, sama atau serupa sekiranya ditulis dalam TULISAN JAWI. Mungkin kekeliruan dan kesalahan ini timbul semasa orang Melayu masih aktif munggunakan tulisan jawi.
diubah suai daripada : https://www.facebook.com/burhanuddinalhelmy
Kepada semua pembaca yang singgah di sini, marilah kita membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf, maksudnya berubah terus daripada maksud asal....
.../kpBM
No comments:
Post a Comment