Minggu lepas, Sektor Pengurusan Akademik JPNP telah meminta panitia BM menghantar maklumat / bilangan guru yang mengajarkan BM di SMKTP untuk tahun 2010 dan 2011. Tujuannya adalah untuk pelaksanaan latihan guru dalam Program Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM).
Ekoran daripada itu, saya telah menghubungi pegawai yang bertanggungjawab di JPNP untuk memastikan 'opsyen' yang dimaksudkan. Setelah bertanya kepada ENCIK MOHD RAZLI, beliau menjelaskan bahawa yang dikatakan opsyen bagi mata pelajaran BM ialah : BAHASA MELAYU dan PENGAJIAN MELAYU. Kesusasteraan Melayu dianggap bukan opsyen, kecuali guru berkenaan ialah Guru Cemerlang BM.
Berdasarkan maklumat tersebut, bilangan guru opsyen / bukan opsyen yang mengajarkan BM di SMKTP pada tahun ini sama seperti tahun lepas, tidak ada penambahan atau pengurangan. Berikut ialah data berkaitan dengan guru opsyen dan bukan opsyen BM di SMKTP :
a) Bilangan guru opsyen yang mengajarkan BM - 14
b) Bilangan guru bukan opsyen yang mengajarkan BM - 07 (KM -3, Sejarah 2, P.Akaun/ P.Am (1), P.Seni (1)
GURU BM - OPSYEN BM / PENGAJIAN MELAYU:
1) Tuan Haji Razak b. Yahya
2) Puan Roshanilawatey bt. Jusoh
3) Puan Sepinah bt. Hj. Mat Daud
4) Puan Noraisah bt. Ab. Rani
5) Puan Adhipah bt. Kandar
6) Encik Awang Mahadi b. Ali
7) Puan Ruslina bt. Ismail
8) Puan Rohana bt. Abdul Patah
10) Encik Zahid
11) Puan Zaimuni bt. Hamzah
12) Puan Siti Suriyati bt. Tukiman
13) Puan Maziyana bt. Ismail
14) Puan Susilawati
12) Puan Siti Suriyati bt. Tukiman
13) Puan Maziyana bt. Ismail
14) Puan Susilawati
Walau bagaimanapun, sebahagian daripada 7 orang guru yang bukan opsyen ini memang sudah lama mengajar dan berpengalaman luas dalam mata pelajaran BM.
"BAHASA JIWA BANGSA"
No comments:
Post a Comment