Kata ganda merupakan satu bentuk kata terbitan. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kata ganda, iaitu ganda penuh (budak-budak, anak-anak), ganda separa (lelabi, tolong-menolong), dan ganda berentak (lintang-pukang, huru-hara)
Sesuatu kata dasar (kata tunggal) mendukung makna yang khusus tentang sesuatu konsep. Misalnya, kata 'dan' bermaksud 'serta' dan 'dengan'. Namun begitu, apabila kata 'dan' digandakan menjadi 'dan-dan', maknanya bukan lagi 'serta' atau 'dengan', tetapi membawa pengertian 'dengan segera'. Bentuk dan makna kata ganda seperti ini banyak terdapat dalam kata ganda yang lain.
Pasu dan pasu-pasu :
Pasu ialah nama sejenis bekas yang diperbuat daripada tanah dan lain-lain untuk diisi dengan tanah bagi menanam pokok. Kata pasu digandakan menjadi pasu-pasu. Maksud pasu-pasu ialah tulang pipi.
Sumber : Dewan Siswa Mac 2010
.../kpBM
No comments:
Post a Comment