Tuesday 3 May 2011

KATA SERAPAN (3)

KOMPOSER

Kata bahasa Inggeris composer sudah menjadi kata serapan dalam bahasa Melayu, yang dieja "komposer".  Makna kata komposer dalam bahasa Melayu ialah pencipta atau penggubah lagu.  Maksud ini terakam dalam ayat contoh yang berikut : 

Sejak akhir-akhir ini, begitu banyak komposer muda muncul dalam arena muzik tanah air.

Sebelum kata komposer menambah kosa kata bahasa Melayu, kata pencipta atau penggubah lagu digunakan dengan luas bagi menamai orang yang kerjanya mencipta atau menggubah muzik.

LIRIK

Apabila kita bercakap tentang hal muzik dan lagu, kata lirik pasti diperkatakan bersama-sama dengan kata komposer kerana kedua-duanya saling melengkapi.  Kata lirik juga berasal daripada kata bahasa Inggeris lyric.  Kata lirik dalam konteks seni suara digunakan dengan maksud "seni kata" lagu.

Ahli muzik sering mengatakan bahawa tanpa penggubah lagu dan penulis lirik yang baik, sesuatu lagu akan menjadi hambar.

Oleh itu, jika kita padankan dengan pencipta atau penggubah lagu, maka kata lirik digantikan dengan kata seni kata lagu.

Demikian, beberapa patah kata bahasa Inggeris yang digunakan dalam bahasa Melayu, tetapi ada padanan yang sungguh mudah dan pernah digunakan secara meluas sebelum ini.  Patutlah kita menggunakannya.

sumber : Dewan Siswa, Kamus Dewan

.../kpBM

No comments:

Post a Comment