Hari ini, 4 APRIL 2011 satu taklimat penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bahasa Melayu - PLBS PMR 2011 telah dijalankan, bertempat di SMK Gambang.
Taklimat yang bermula seawal pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang itu turut dihadiri oleh Ketua Pentaksir Negeri. Secara keseluruhannya, tidak banyak perubahan berbanding PLBS tahun 2010. Walau bagaimanapun, guru-guru BM di peringkat menengah rendah diingatkan agar melaksanakan pentaksiran PLBS sebagaimana yang telah dijadualkan iaitu :
1) Pentaksiran pertama Ting. 1 & Ting. 2 - bermula pada Januari hingga Mei
2) Pentaksiran kedua Ting. 1 & Ting. 2 - bermula pada Jun hingga September
3) Pentaksiran untuk Ting. 3 - bermula pada Januari hingga Julai
Pemantauan oleh Pentaksir Kawasan akan dijalankan antara bulan April hingga Julai, manakala markah PLBS perlu diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2011.
Taklimat penataran PLBS 2011 akan dijalankan di peringkat sekolah bagi memastikan kriteria penskoran dipatuhi dan pelaksanaan pentaksiran PLBS dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi.
.../kpBM
No comments:
Post a Comment