nanar - berasa agak pening kerana kena pukul atau ditumbuk,pening lalat; menjadi bingung kerana kesusahan,tercengang-cengang,terpinga-pinga,tidak tentu haluan;sangat marah,meradang.
Ayat contoh:
1. Azhar nanar tiba-tiba apabila dia mendapati tayar basikalnya pancit.
2.Encik Megat Shariman nanar sewaktu mencari alamat rumah sahabatnya,Encik Maloni.
3. Bapa murid sekolah yang masih nanar akibat ditempeleng rakannya itu telah membuat laporan polis.
nanar - nakal (kelakuan)
Ayat contoh:
1. Cikgu Dilmi menasihati muridnya agar tidak sekali-kali membuat nanar di Kem Solat Bestari.
2. Sudah menjadi lumrah alam,anak yang nanar perlu diberi nasihat dan didikan agama sejak kecil.
3. "Ingat, jaga tutur kata dan jangan nanar ketika bercuti di rumah nenek kamu," pesan ibu kepada Faiz.
No comments:
Post a Comment