Terdapat dua perkara penting yang didedahkan sepanjang bengkel KOMSAS anjuran PPD Kuantan yang diadakan di SK Pelindung baru-baru ini, iaitu :
1. Cara menulis RPT dan RPH
2. Teknik pengajaran teks baharu KOMSAS
Banyak teknik diperkenalkan sepanjang dua hari berbengkel, merangkumi teknik pengajaran novel, prosa klasik, prosa tradisional, prosa moden, puisi klasik, puisi moden dan drama. Antara teknik yang menarik dan boleh diaplikasikan di SMKTP ialah :
1) Teknik Kerusi Panas2) Teknik Balang Kaca
3) Teknik Mestamu
4) Adaptasi
5) Dekon
Kepelbagaian teknik ini diharapkan dapat menarik minat murid untuk mempelajari teks KOMSAS, seterusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Mempelajari KOMSAS sebenarnya bukanlah semata-mata untuk peperiksaan, tetapi bertujuan untuk menerapkan nilai yang terdapat dalam sesebuah karya sastera....
Hasil perbengkelan tersebut akan disampaikan dan dikongsi dengan semua guru BM SMKTP melalui Kursus Dalaman yang akan diadakan selepas cuti nanti.
.../kpBM
No comments:
Post a Comment