"Perkataan-perkataan Melayu itu apabila dirangkaikan supaya menjadi cakap bermakna wajiblah disusun mengikut kaedah-kaedah yang tertentu khas bagi bahasa Melayu. Dengan demikian barulah nyata perhubungan antara tiap-tiap sepatah perkataan dengan lain-lain perkataan yang berkenaan dengannya dalam rangkaian itu, barulah boleh ia memberi pengertian yang betul dan terang mengikut jalan susunan bahasa Melayu jati."
...Zaaba, Pelita Bahasa, Bab 14 hlm 294