Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sila layari web ini....

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, sila layari web di bawah ini....

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Monday 31 October 2011

Program Selepas PMR : Taklimat Format BM SPM

Encik See Koon Suan selaku Guru Kanan Bahasa memberi sepatah dua kata....
Salah satu aktiviti bagi mengisi Program Selepas PMR ialah taklimat daripada bidang mata pelajaran berkaitan dengan mata pelajaran SPM yang bakal dipelajari oleh murid-murid lepasan PMR 2011 pada tahun hadapan setelah mereka melangkah ke peringkat Menengah Atas.  

Puan Sepinah sedang menyampaikan taklimat
Hari ini tibalah giliran Bidang Bahasa, dimulakan dengan Panitia Bahasa Melayu, diikuti oleh Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Cina.  

Untuk Panitia Bahasa Melayu, taklimat pendedahan mata pelajaran BM SPM disampaikan oleh Pn. Sepinah Hj. Md Daud.

.../rbj

RINGKASAN FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU SPM

KERTAS 1
KERTAS 2
KERTAS 3


A)    KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

B)    KARANGAN UMUM


1.      RUMUSAN

2.      PEMAHAMAN

3.     PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

4.      KOMPONEN SASTERA




UJIAN LISAN
BERASASKAN SEKOLAH (ULBS)

·               INDIVIDU
·               BERKUMPULAN



  


 

Wednesday 19 October 2011

PERTANDINGAN MENULIS ESEI 1MALAYSIA 2011

Untuk perhatian semua murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMKTP,

Berikut ialah sedutan pekeliling dari Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM [bertarikh 9 September] melalui JPNP  [bertarikh 28 September], diterima oleh pihak sekolah pada 18 Oktober 2011 dan diserahkan kepada KP Bahasa Melayu pagi tadi....)

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Pertandingan Menulis Esei 1Malaysia 2011.  Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah Harian, SBP, MRSM dan pelajar Pra Universiti yang berumur 18 - 22 tahun pada tarikh tutup pertandingan.

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang bertemakan "1BAHASA, 1BANGSA, 1NEGARA" ini bermula pada 1 September 2011 hingga 30 November 2011.  Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu Kategori A - Pra Universiti yang berumur 18 - 22 tahun dan Kategori B - Sekolah Menengah Atas, iaitu Tingkatan 4 - 5.

Penyertaan adalah percuma.  Setiap penyertaan mestilah menggunakan borang penyertaan rasmi yang boleh dimuat turun dalam laman web www.jkkn.gov.my., www.moe.gov.my., dan www.dbp.gov.my. 

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Ketua Panitia BM.

.../rbj


Saturday 1 October 2011

TULISAN JAWI DAN BAHASA MELAYU

Tulisan Jawi (توليسن جاوي) ialah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi ialah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.
Nama-nama hari dalam tulisan Jawi
Isnin اثنين
Selasa ثلاث
Rabu رابو
Khamis خميس
Jumaat جمعة
Sabtu سبتو
Ahad احد


Tulisan jawi kini semakin terpinggir di bumi sendiri semenjak huruf roman diperkenalkan untuk menggantikannya selaras dengan perkembangan teknologi dan juga pengaruh Inggeris terhadap orang Melayu-Islam.


Kini amnya, tulisan jawi terhad penggunaannya dalam kalangan mereka yang berada dalam institusi agama Islam, seperti para ulamak, guru-guru agama dan pegawai tadbir jabatan agama Islam. Malahan, penerbitan Utusan Zaman seminggu sekali dan hanya menjadi sisipan Utusan Malaysia menandakan merudumnya penggunaan tulisan jawi.

.../rbj